Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Terbuka SL1M Sepanggar, Sabah tawar 2,000 jawatan kosong

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Pada kemuncak Program Kerjaya dan Temu duga Terbuka Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M), sebanyak 2,000 jawatan kosong dari lebih 30 syarikat yang tersedia dijangka akan membantu graduan mendapatka­n pekerjaan yang sesuai.

SL1M akan melabuhkan tirai Kembara Outreach 2017 dengan mengadakan Hari Terbuka SL1M pada 18 November 2017 bertempat di Institut Latihan Perindustr­ian Kota Kinabalu (ILPKK), Sepanggar, Sabah.

Ketua Sekretaria­t Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), Norashikin Datuk Ismail, walaupun diadakan pada satu hari sahaja namun pihak kami komited untuk membantu para graduan di Sabah mendapatka­n pekerjaan yang sesuai untuk mereka.

“Dengan mengekalka­n konsep yang sama, program ini juga turut menawarkan peluang pekerjaan dan latihan kepada semua pencari kerja tanpa mengira latar belakang dan peringkat kelulusan.”

“Sesi temu duga akan dijalankan pada hari tersebut oleh pihak syarikat yang terlibat seperti Petronas, Maybank, Telekom Malaysia, Legoland dan banyak lagi,” katanya pada sidang media Hari Terbuka SL1M 2017 di Kuala Lumpur, semalam.

Antara aktiviti lain pada hari tersebut ialah Resume Clinic yang mana pihak SL1M akan membantu dan memberi panduan pengunjung untuk menulis resume.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang berhibur dan mendengar ceramah motivasi bersama selebriti seperti Faizal Tahir, Kumpulan Zero Maharaja Lawak Mega, Estranged, Akim & The Majistret, Sakura Band, Aunty Patrin dan Farish Aziz.

Pengunjung juga berpeluang memenangi cabutan bertuah dan hadiah menarik daripada Krew Kupi Kupi FM.

Majlis Perasmian Hari Terbuka SL1M 2017 ini akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Tambah Norashikin lagi, SL1M ingin menjemput semua graduan dan pencari kerja seluruh Malaysia untuk hadir dan merebut peluang pekerjaan dan latihan yang ditawarkan oleh pihak syarikat pelbagai sektor.

“SL1M juga menyeru semua pihak khususnya syarikat swasta untuk sama- sama terlibat dalam membantu para graduan tempatan meningkatk­an tahap kebolehpas­aran mereka sekali gus memperbaik­i taraf ekonomi graduan dan keluarga.”

“Syarikat yang terlibat akan diberikan Insentif Potongan Cukai Berganda atau Skim HRDF-SL1M dalam usaha menggalakk­an lagi penglibata­nsyarikat swasta dalam proses Tanggungja­wab Sosial Perusahaan (CSR) ini,” katanya.

Sehingga Oktober 2017, lebih 139,398 peserta graduan telah berjaya dibantu melalui penglibata­n secara lansung mahupun tidak lansung dengan program SL1M.

 ??  ?? SUMBER INSPIRASI: Norashikin (tengah) bersama selebriti tempatan yang akan memberi motivasi serta inspirasi pada Hari Terbuka SL1M 2017.
SUMBER INSPIRASI: Norashikin (tengah) bersama selebriti tempatan yang akan memberi motivasi serta inspirasi pada Hari Terbuka SL1M 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia