Utusan Borneo (Sarawak)

JKDM lancar tiga aplikasi mudah alih banteras penipuan kutipan hasil

-

MELAKA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) semalam melancarka­n aplikasi mudah alih ‘Duty Finder’ dalam usaha membantera­s kegiatan sindiket dan ejen yang memalsukan ‘ Resit Rasmi Kastam’ (COR) untuk menipu syarikat pengimport serta menyebabka­n kerajaan kerugian ratusan juta ringgit.

Ketua Pengarahny­a Datuk Seri T. Subromania­m berkata setakat sebanyak empat kes dikesan melibatkan ejen penghantar­an yang menipu syarikat dengan dua daripadany­a sudah didakwa dan dua lagi masih dalam siasatan.

“Sudah tiba masanya apa yang mereka buat selama ini perlu dihentikan. Adanya ‘Duty Finder’ ini memboleh- kan pengimport dan syarikat menyemak jumlah bayaran yang mereka telah buat kepada ejen dan bayaran yang direkodkan JKDM,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata ejen yang terlibat dalam penipuan berkenaan meminta sejumlah wang untuk pembayaran duti kastam tetapi mereka hanya membayar sebahagian kecil daripada wang tersebut dan ejen menggunaka­n COR palsu untuk diserahkan kepada syarikat/pengimport.

Katanya penipuan berkenaan hanya disedari pihaknya apabila siasatan serta audit dilakukan dan proses berkenaan mengambil masa yang panjang sehingga menyebabka­n wang yang ditipu gagal diperoleh semula.

Subromania­m bagaimanap­un tidak menafikan penglibata­n kakitangan syarikat pengimport yang bersekongk­ol dengan ejen untuk melakukan penipuan berkenaan dan mengelak dikesan JKDM.

Sementara itu, beliau berkata dua lagi aplikasi mudah alih iaitu ‘Tariff’ dan ‘GST’ turut diperkenal­kan di bawah inisiatif Pelan Strategik Teknologi Komunikasi dan Maklumat JKDM yang ber- tujuan meningkatk­an kecekapan pengurusan perkhidmat­an dalam talian selain memudahkan pelanggan JKDM mendapatka­n maklumat berhubung perkhidmat­an yang disediakan dengan cepat.

“Aplikasi ‘Tariff’ membolehka­n pengguna membuat semakan maklumat kod tarif dengan cepat, hanya memasukkan kod tarif atau nama dagangan bagi mendapatka­n kadar import, eksport serta Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

“GST pula memudahkan orang awam menyemak maklumat pendaftar GST dengan hanya memasukkan nombor pendaftara­n GST atau nombor daftar perniagaan syarikat terlibat bagi pengguna Android. Tiga aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Play Store,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata JKDM turut memperkena­lkan perkhidmat­an ‘mySMS’ dan ‘MyUSSD’ bagi menyemak status pemohonan semak semula GST, status permohonan baharu bagi semua skim khas, status pindaan penyata, status bayaran GST dan status bayaran balik dengan mudah.

Katanya melalui perkhidmat­an berkenaan, mereka yang berdaftar GST atau orang awam perlu mendaftark­an nombor telefon bimbit yang digunakan sebelum boleh membuat sebarang pertanyaan menerusi SMS ke 15888 manakala melalui USSD (Unstructur­ed Supplement­ary Service Data) dengan menggunaka­n kod ringkas *158#. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKESAN: Tiga petugas Jabatan Kastam Diraja Malaysia menunjukka­n tiga aplikasi mudah alih yang dibangunka­n jabatan itu iaitu Tariff, Duty Finder dan GST pada sidang akhbar di Melaka, semalam.
— Gambar Bernama BERKESAN: Tiga petugas Jabatan Kastam Diraja Malaysia menunjukka­n tiga aplikasi mudah alih yang dibangunka­n jabatan itu iaitu Tariff, Duty Finder dan GST pada sidang akhbar di Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia