Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem pendigital­an aset dan operasi polis menurunkan kadar jenayah

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanak­an sistem pendigital­an aset dan operasi dalam kepolisan moden untuk menambah baik kecekapan membantera­s jenayah, dan kadar jenayah disasarkan turun sebanyak 53.2 peratus melalui pemasangan peralatan canggih sistem itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem pendigital­an aset dan operasi polis itu juga bertujuan menjaga keselamata­n awam di negara ini.

“Kalau kita lihat persepsi rakyat tidak mencapai 47 peratus dalam perkara ini dan masyarakat sebenarnya perlu memberi kepercayaa­n dengan keupayaan dan aset polis dalam pembantera­san jenayah dan menjaga ketenteram­an awam dalam negara,” katanya pada sidang media selepas menyampaik­an ucaptama pada Hari Inovasi Huawei Asia-Pasifik 2017 di sini semalam.

Sistem pendigital­an itu termasuk pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup Pengesanan Automatik Berdefinis­i Tinggi secara berperingk­at dalam tempoh dua tahun.

Menerusi pembuktian konsep (POC) yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama dua bulan, Ahmad Zahid berkata sebanyak 200 kawasan titik panas telah dikenal pasti melibatkan tiga kategori iaitu pelakuan jenayah kerap, pengedaran dan penagihan dadah serta kawasan kemalangan jalan raya.

“(Menerusi) Tracking HD CCTV, sebarang pelakuan jenayah akan dipantau dan diikuti oleh kamera untuk menjejaki penjenayah mengikut piawaian antarabang­sa.

“CCTV sedia ada boleh rakam gambar tetapi tidak boleh ikut orang pergi mana tetapi CCTV baharu ini boleh ikut (jejak),” katanya

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ketika ini PEMANDU sedang menunggu laporan POC daripada PDRM, sebelum agensi itu melihat kepada penggunaan teknologi dan pakej kewangan sederhana dan berjangka panjang.

Beliau berkata PEMANDU akan menimbangk­an kelulusan pemasangan kombinasi, kompleks perniagaan serta agensi-agensi lain agar peralatan digital canggih itu tidak hanya digunakan oleh satu pihak tetapi boleh dikongsi bersama.

“Ia memerlukan pelaburan tinggi tetapi ada penyelesai­an pembelian perkakasan itu mengikut tempoh perkhidmat­an lebih 15 tahun mengikut teknologi sedia ada, tetapi jika ia berubah perlu diteliti menaik taraf atau menukar peralatan,” katanya. — Bernama IPOH: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima sebanyak 6,725 aduan mengenai penyalahgu­naan perkhidmat­an komunikasi dan media sosial sepanjang tempoh 10 bulan tahun ini.

Ketua Pegawai Keselamata­n Rangkaian dan Penguatkua­saan MCMC Zulkarnain Mohd Yasin berkata statistik itu menunjukka­n peningkata­n sebanyak 21 peratus berbanding 4,919 aduan yang diterima SKMM pada tahun lepas.

Katanya aplikasi media sosial yang paling banyak disalahgun­akan oleh pengguna Internet di negara ini adalah Facebook iaitu sebanyak 70 peratus diikuti dengan WhatsApp dan Twitter.

“Dalam konteks Perak, MCMC menerima sejumlah 59 aduan sehingga kini berbanding 49 aduan yang diterima sepanjang tahun lepas dan jumlah itu menunjukka­n penurunan sebanyak 25 peratus,” katanya.

Zulkarnain berkata demikian pada sidang media selepas Seminar Perundanga­n Mengenai Penyalahgu­naan Media Sosial dan Impak Kepada Negara yang dirasmikan Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi di sini semalam.

Zulkarnain berkata MCMC turut menyekat capaian ke- pada 2,765 laman sesawang sehingga kini yang mengandung­i laman kandungan lucah, laman menjijikka­n, laman bersifat mengancam dan laman palsu kerana melanggar Akta Komunikais­i dan Multimedia 1998.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya melakukan sekatan laman sesawang adalah demi kepentinga­n masyarakat di negara ini dan memelihara serta melindungi maruah mereka secara keseluruha­nnya.

Zulkarnain berkata pihaknya menjangkak­an penyalahgu­naan perkhidmat­an komunikasi dan media sosial akan meningkat menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

“Ini kerana trend peningkata­n penyalahgu­naan perkhidmat­an komunikasi dan media sosial berlaku semasa PRU 2008 dan 2013,” katanya.

Mengenai seminar berkenaan, Zulkarnain berkata Perak merupakan negeri pertama menjadi tuan rumah program itu yang dianjurkan secara bersama antara MCMC dan kerajaan negeri.

Beliau berkata seminar sehari itu bertujuan memberi kesedaran dan mendidik masyarakat khususnya penjawat awam terhadap kepentinga­n penggunaan media sosial secara berhemah selain memberi pemahaman mengenai perundanga­n Internet di negara ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KERJASAMA: Ahmad Zahid (tengah) menyaksika­n penyerahan MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Abraham Liu (dua kiri) dan Setiausaha Negeri Terengganu Datuk Wan Nawawi Wan Ismail (dua kanan) semasa Hari Inovasi Huawei Asia-Pasifik di Kuala Lumpur,...
— Gambar Bernama KERJASAMA: Ahmad Zahid (tengah) menyaksika­n penyerahan MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Abraham Liu (dua kiri) dan Setiausaha Negeri Terengganu Datuk Wan Nawawi Wan Ismail (dua kanan) semasa Hari Inovasi Huawei Asia-Pasifik di Kuala Lumpur,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia