Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain harus tingkatkan prestasi atau berdepan penyingkir­an, tegas Moyes

-

LONDON, England: Pengurus baharu West Ham United, David Moyes, memberi amaran kepada pemainnya yang kurang menyerlah untuk “meningkatk­an prestasi” atau berdepan penyingkir­an dari skuad utama ketika beliau hadir untuk sidang media edia pertamanya nya Rabu lepas.

Bekas penengurus Everton rton dan Mancheshes­ter United itu menggantik­an Slaven Bilic Selasa lepas s dan berde- pan tugas sukar ukar untuk mengubah ngubah nasib West Ham yang berada dalam zon penyingkir­an Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Moyes sudah menjalanka­n dua sesi latihan intensif sejak dilantik sebagai pengurus baharu.

Ditanya tentang tahap kecergasan skuad di bawah kendalian Bilic, dengan statistik menunjukka­n mereka berada di kedudukan paling rendah dari segi larian dan pecutan dalam padang.

Tetapi Moyes, yang sedang berbincang untuk membawa bekas pemain pertahanan kental West Ham, Stuart Pearce sebagai sebahagian dari pasukan kejurulati­han- nya, berkata tiada pemain yang bersikap sambil lewa di bawah pengawasan­nya.

“Jika anda bertanya apa tugasan terbaik saya, ia adalah sesi latihan dengan pemain, tetapi mereka perlu menunjukka­nnya,” kata beliau.

“Sebaik sahaja mere mereka tahu b a g a i m a n a untu untuk berlari dan m memecut, merek mereka kemudian p perlu tahu m mengambil tanggungja­wab.

“S e s i lat latihan akan leb lebih sukar untuk mereka tetapi saya berharap mereka juga menikmatin­ya. Mereka melakukan yang terbaik dan cuba mengeluark­an prestasi terbaik mereka.”

Moyes, yang percaya beliau perlu membina semula reputasi selepas beberapa kegagalan sebagai jurulatih, berkata pemain tidak sabar untuk menunjukka­n kemampuan mereka tetapi berkata jika mereka tidak menunjukka­n kesungguha­n, mereka tidak akan diturunkan.

“Tingkatkan prestasi atau mereka tidak akan bermain. Jika anda tidak berlari, anda tidak akan bermain. Saya perlu melakukann­ya segera dan mereka juga perlu segera meningkatk­an prestasi,” kata beliau.

Moyes diberikan kontrak sehingga akhir musim, dengan tugasan utama mengeluark­an kelab dari zon penyingkir­an.

Moyes membimbing Everton selama 11 tahun dari 2002 sebelum meninggalk­an kelab untuk mengisi kekosongan yang ditinggalk­an Alex Ferguson di Manchester United tetapi beliau dipecat selepas 10 bulan.

Beliau juga ada menjadi jurulatih di Sepanyol, bersama Real Sociedad.

“Saya perlu membuktika­n sesuatu,” kata beliau. “Kadang- kadang anda harus memperbaik­i sesuatu dan mungkin saya juga perlu melakukann­ya.”

Moyes tidak bekerja sejak meletak jawatan sebagai pengurus Sunderland pada akhir musim lepas setelah gagal mengelak kelab disingkirk­an dari Liga Perdana. — AFP

 ??  ?? MOYES
MOYES
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia