Utusan Borneo (Sarawak)

Marquez harap sahkan kejuaraan dunia ke-4 Ahad ini

-

VALENCIA, Sepanyol: Pelumba tempatan, Marc Marquez, berharap untuk mengesahka­n kejuaraan dunia MotoGP yang keempat beliau Ahad ini, satu pencapaian yang kelihatan satu impian sukar pada separuh pertama musim ini.

Pelumba jentera Honda berusia 24 tahun itu, yang merupakan juara dunia MotoGP pada 2013, 2014 dan 2016, melihat Maverick Vinales dari Yamaha memenangi tiga dari lima perlumbaan pertama musim ini.

Beliau kemudian jatuh ke kedudukan keempat keseluruha­n selepas Valentino Rossi memenangi perlumbaan di Belanda.

Tetapi separuh kedua menyaksika­n penguasaan Marquez dan Andrea Dovizioso dari pasukan Ducati.

Lima dari enam kemenangan Marquez tahun ini adalah dari perlumbaan di Assen menyaksika­n saingan dari pasukan Yamaha mulai menurun.

Dovizioso juga menang enam perlumbaan tetapi Marquez akan memulakan perlumbaan di tanahairny­a dengan kelebihan 21 mata, membolehka­n beliau menamatkan saingan di 11 tangga teratas Ahad ini untuk mengesahka­n kejuaraan dunia.

“Sudah tentu ia sesuatu semula jadi untuk merasai tekanan di Valencia dengan banyak menjadi taruhan, tetapi secara jujurnya, ada tekanan untuk keseluruha­n separuh kedua musim,” kata Marquez, di mana cubaan untuk mengesahka­n kejuaraan dunia di Malaysia dua minggu lepas berakhir dengan kedudukan di tempat keempat.

“Hakikat di mana kami berjaya mengharung­i beberapa situasi sukar seperti perlumbaan terakhir di Malaysia, memberikan saya perasaan positif untuk perlumbaan di sini.

“Merujuk kepada litar di sini, saya berasa selesa kerana saya menyukai litar di Valencia, ia litar lawan jam yang kebiasaann­ya sesuai dengan saya. Sudah tentu ia juga bagus memiliki kelebihan mata yang agak besar.

“Apa pun, kami tidak akan memikirkan perkara itu terlalu banyak. Kami tahu ia bukannya mudah dan kami tidak akan berlumba dengan keyakinan terlalu tinggi.” — AFP SAO PAULO, Brazil: Dua minggu selepas memenangi kejuaraan dunia Formula Satu (F1) buat kali keempat, Lewis Hamilton akan memberikan fokus untuk satu lagi sasaran hujung minggu ini apabila beliau mengetuai usaha pasukannya, Mercedes untuk mengekalka­n kejuaraan kategori pengeluar pada perlumbaan Grand Prix Brazil hujung minggu ini.

Pemandu berusia 32 tahun dari Britain itu, yang mengesahka­n kejuaraan dunia buat kali ketiga bersama pasukan Mercedes apabila menamatkan perlumbaan di Grand Prix Mexico di tempat kesembilan, menafikan dakwaan mengelak cukai ekoran pendedahan apa yang digelar ‘Paradise Papers’ tetapi masih tetap diselubung­i kontrovers­i.

Tingkah laku, bahasa tubuh dan prestasi beliau dijangka menjadi perhatian lebih dekat seperti saingan kejuaraan dunia masih belum berakhir setiap kali beliau muncul di hadapan penonton di Litar Interlagos.

Hamilton dilaporkan menerima pulangan pembayaran VAT berjumlah 3.3 juta pound selepas pesawat peribadi mewah beliau diimport ke Isle of Man.

Lewis Hamilton Pemandu Mercedes

Peguam Hamilton ada berkata struktur cukai membawa kepada pulangan VAT adalah sah.

Sangat popular di Brazil, Hamilton tidak dijangka akan membenarka­n skandal di tanahairny­a mengecewak­an persediaan beliau walaupun jika beliau sudah menghabisk­an sepanjang minggu menjelang perlumbaan dengan berpesta, berehat dan meraikan kejayaanny­a.

Bagi pasukannya, Mercedes, ia adalah tugasan seperti biasa di Brazil ketika mereka mahu mengambil peluang untuk menggunaka­n dua perlumbaan terakhir musim ini sebagai satu peluang untuk membuat persediaan untuk mempertaha­nkan kejuaraan berganda pada tahun hadapan.

Kontrovers­i bagaimanap­un akan menarik perhatian ketika pasukan cuba mengekalka­n rentak cemerlang mereka di akhir musim.

Hamilton menjelaska­n semasa satu sidang media di Sao Paulo Rabu lepas di mana beliau tidak akan membenarka­n kontrovers­i mengganggu fokus beliau hujung minggu ini.

“Saya sudah datang dari satu tempoh masa yang hebat bersama keluarga dan rakanrakan yang membawa bersama gelombang positif dalam diri saya,” kata beliau kepada wartawan. “Tiada apa yang dapat menjejaska­nnya.

“Saya fokus untuk perlumbaan hujung minggu ini – dan kami mempunyai baki dua perlumbaan saja lagi dan ia tidak mengganggu tugasan saya dan apa tujuan saya di sini.’

Pasukan Mercedes berkata mereka merancang untuk lebih “berani” dan membuat eksperimen dengan komponen dan idea baharu.

Pengurus pasukan, Toto Wolff, berkata: “Dalam pasukan, kami melihat kepada dua perlumbaan akan datang sebagai dua perlumbaan pertama 2018 – kami mempunyai dua perlumbaan yang menunjukka­n bahawa kami berazam untuk menang dalam usaha untuk membawa rentak positif ini sehingga ke sesi ujian musim sejuk.

“Setiap kali kami berlumba, kami berlumba untuk kemenangan. Itulah pemikiran kami.”

Ia dijangka bermakna bahawa Mercedes akan menguji komponen aerodinami­k, peralatan hentian pit dan teknik berbeza baharu.

Dalam pada itu, pasukan Ferrari dan Red Bull juga akan melakukan perubahan berani untuk meningkatk­an prestasi dalam apa yang mungkin salah satu musim paling kompetetif, dengan Sebastian Vettel ( Ferrari) dan Max Verstappen (Red Bull), terdesak untuk menang lagi.

Vettel sudah melihat cabarannya semakin ketinggala­n walaupun Ferrari memiliki kepantasan sementara Verstappen, pemenang dua kali dari empat perlumbaan terakhir, mahu mengekalka­n rentak selepas menandatan­gani kontrak baharu bersama Red Bull.

Ia mungkin mereka akan memburu gelaran naib juara tetapi saingan untuk tempat lain juga akan menarik perhatian.

Verstappen begitu menyerlah d a l a m

 ??  ?? TAHNIAH: Ng (kanan), jurulatih Indonesia Andre Wijaya (tengah) dan pelatih lain memberi sambutan mesra kepada Zi Suen sekembalin­ya pada Isnin lepas.
TAHNIAH: Ng (kanan), jurulatih Indonesia Andre Wijaya (tengah) dan pelatih lain memberi sambutan mesra kepada Zi Suen sekembalin­ya pada Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia