Utusan Borneo (Sarawak)

Amerika Syarikat sedia akhiri kemarau menjulang Piala Fed

-

MINSK, Belarus: Amerika Syarikat ( AS) akan menamatkan kemarau paling lama mereka untuk satu kejuaraan apabila menentang pasukan Belarus yang kehilangan bintang utama, Victoria Azarenka hujung minggu ini.

AS, juara 17 kali kejohanan tetapi kejuaraan terakhir mereka ialah pada 2000 dan sudah tewas tiga kali di final sejak itu – kepada Perancis pada 2003 dan kepada Itali pada 2009 dan 2010.

Kali ini, mereka akan beraksi tanpa adik beradik Williams, yang tidak bermain dalam Piala Fed musim ini tetapi semua pemain dalam skuad AS berada pada kedudukan ranking lebih baik berbanding pemain nombor satu Belarus, Aryna Sabalenka, yang berada pada ranking ke-78 dunia.

Belarus melangkah ke final sulung mereka pada kejohanan ini tetapi beraksi tanpa Azarenka, yang masih bergelut dengan kes hak penjagaan anaknya.

Azarenka terpaksa menarik diri dari kejohanan Grand Slam Terbuka AS pada bulan Ogos selepas hakim perbicaraa­n di Los Angeles membuat keputusan bahawa anak lelakinya yang berusia 10 bulan, tidak dibenarkan meninggalk­an California sehingga kes selesai.

“Ia amat mengecewak­an bagi saya kerana tidak mempunyai peluang bermain dan membantu Belarus di final tetapi malangnya, situasi semasa saya menyebabka­n saya terpaksa kekal di California,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

Pasukan AS diketuai oleh pemain ranking ke-10 dunia, CoCo Vandeweghe, juara Terbuka AS, Sloane Stephens, Shelby Rogers dan Alison Riske.

Kapten AS, Kathy Rinaldi berkata beliau percaya dengan peluang pasukannya di final.

“Kami telah memilih pemain yang sudah bermain untuk pasukan tahun ini dan juga membantu pasukan ke final,” kata beliau.

“Ini adalah pasukan A, saya percaya dengan kekuatan dan apa yang kami lakukan untuk melangkah sejauh ini.”

AS menang satu-satu perlawanan menentang Belarus dalam Piala FA , 5-0 semasa pusingan pembukaan Kumpulan Dunia II pada Februari 2012.

Kapten Belarus, Eduard Dubrov berkata beliau per- caya kedua- dua pasukan mempunyai peluang untuk muncul juara.

“Ada orang boleh meletakkan kami sebagai pilihan di final. Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan perkara itu tetapi kami tidak pernah memikirkan­nya.

“Kami akan masuk ke dalam gelanggang dan bermain. Bagi saya, ia benar-benar sukar untuk menjangka pasukan mana yang mempunyai peluang lebih baik untuk menang.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia