Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad SS Five juara Kejohanan BBSB 2017

-

BINTULU: Skuad SS Five dari Johor muncul juara Kejohanan Futsal Biport Bulkers Sdn Bhd ( BBSB) Edisi Ke-7 2017 yang berlangsun­g pada 27 hingga 29 Oktober lalu di Gelanggang Futsal Kelab Kidurong Bintulu di sini.

Kejuaraan itu membolehka­n SS Five membawa pulang hadiah wang tunai RM7,500 berserta piala dan medal.

Manakala naib juara disandang FC Wildcat dari Kuala Lumpur yang turut meraih habuan hadiah wang tunai RM4,500 berserta piala dan medal.

Kedudukan tempat ketiga dan keempat pula masingmasi­ngnya disandang Dani FC juga dari Kuala Lumpur dan Neo Nexus dari Kuching membawa pulang hadiah wang tunai

RM3,000 dan RM1,500 berserta piala dan medal.

Hadiah kepada pemenang telah disampai Ketua Pegawai Operasi Biport Bulkers Sdn Bhd (BBSB) merangkap penaung kejohanan terba- bit, Shamsuddin Ismail.

Hadir sama Pengurus Operasi BBSB merangkap penasihat kejohanan, Wan Mohamad Zaidi Wan Kadir dan pengerusi kejohanan, Mohamad Serkawi Kassim.

BBSB dalam kenyataann­ya berkata, kejohanan itu telah disertai oleh 40 pasukan dari seluruh negara termasuk empat pasukan adalah dari Semenanjun­g Malaysia.

Katanya, penganjura­n kejohanan itu adalah sebagai tanggungja­wab sosial kor- porat ( CSR) syarikat sesuai dengan saranan kerajaan yang menggalakk­an aktiviti sihat dalam kalangan belia. “Kejohanan itu mula diperkenal 2011 dengan penyertaan daripada pasukan- pasukan Bintulu dan tahun- tahun selepas itu kejohanan tersebut membuka penyertaan­nya kepada pasukan dari luar Bintulu dan seterusnya penyertaan dari Sabah dan Semenanjun­g Malaysia,” tambah kenyataan tersebut.

 ??  ?? JUARA: Skuad SS Five yang muncul juara Kejohanan Futsal BBSB edisi ke-7 merakam gambar kenangan bersama Shamsuddin (tengah) dan hadiah dimenangi.
JUARA: Skuad SS Five yang muncul juara Kejohanan Futsal BBSB edisi ke-7 merakam gambar kenangan bersama Shamsuddin (tengah) dan hadiah dimenangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia