Utusan Borneo (Sarawak)

Pencapaian Sibu FA pada Piala Sarawak 2017 amat memberangs­angkan: Moses

-

SIBU: Kejayaan pasukan Sibu FA mara ke peringkat suku akhir Piala Sarawak 2017 disifatkan amat memberangs­angkan oleh Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu (SDFA) di bawah pimpinan Timbalan Presidenny­a, Mejar (B) Moses Ripai.

Moses berkata, pencapaian itu tidak pernah dicapai oleh Sibu FA sejak kira-kira sedekad lalu dalam edisi Piala Sarawak.

“Satu pencapaian yang sangat memberangs­angkan oleh pasukan kita apabila kita boleh sampai ke tahap ini (suku akhir).

“Apatah lagi sebelum ini diundi dalam kumpulan yang sama dengan Betong FA dan Serian FA yang merupakan pasukan konsisten dan kukuh berbanding kita,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Borneo, semalam.

Moses berkata, sebelum ini mereka tidak meletakkan apa-apa sasaran untuk pasu- kan dalam Piala Sarawak 2017.

“Layak ke suku akhir bukanlah sasaran kita dan kemampuan anak-anak buah telah menunjukka­n mereka bersungguh-sungguh mahu bersaing di pentas yang berprestij di peringkat negeri.

“Prestasi mereka harus dipuji kerana pembentuka­n skuad Sibu FA adalah masih baharu dan sebab itu kita kurang meletakkan sasaran,” jelasnya lagi.

Moses turut memuji ‘mesin’ gol Sibu FA yang juga penyerang utama mereka Bietchly Kiroh berupaya menyengat pada kali ini.

Penyerang muda itu telah menunjukka­n prestasi yang cukup baik pada aksi dua perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini yang meledakkan kesemua tiga gol untuk Sibu FA.

Di peringkat kumpulan Sibu FA berjaya menewaskan Betong FA 1-0 dalam aksi pembuka tirai saingan dan kemudian mengejutka­n Serian FA 2-1 untuk mengumpul enam mata penting.

Kedua- dua kemenangan itu seterusnya memastikan Sibu FA layak ke peringkat suku akhir Piala Sarawak 2017 menentang Miri FA petang semalam.

Sibu FA di bawah kendalian Ketua Jurulatih Lucas Gabriel sambil dibantu oleh dua penolong iaitu Mohd Misyam dan Tony Karno.

Pada Liga Bolasepak Rakyat (LBR) 2017, Sibu FA mempunyai dua baki perlawanan lagi untuk dilengkapk­an.

Sekiranya tersingkir pada suku akhir Piala Sarawak 2017, Sibu FA akan meneruskan kempen LBR 2017 dengan berkunjung ke Kompleks Sukan Meradong di Bintangor menentang Sarikei pada 11 November ini, manakala 25 November ini akan menjadi tuan rumah kepada Sri Aman di Stadium Tun Zaidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia