Utusan Borneo (Sarawak)

Putera Charles masih sihat dan bertenaga

-

PUTERA Charles, Prince of Wales, bakal menyambut ulang tahun keputeraan ke-69 pada 14 Nov ini, namun baginda kelihatan sihat dan bertenaga.

Putera Charles masih mampu berjalan jauh selain mendaki bukit, dan tidak menunjukka­n tanda-tanda kepenatan di wajah baginda.

Ini diperhatik­an jurugambar Bernama, Razali Nordin ketika Putera Charles melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh di Siburan, 20km dari Kuching, Isnin.

“Kita perlu berjalan sejauh kira-kira satu kilometer untuk melihat bagaimana orang utan diberi makan di pusat berkenaan.

Kami juga perlu mendaki bukit ke pusat itu tetapi saya tidak nampak baginda seperti keletihan,” kata Razali.

Razali berkata, beberapa wartawan British dan tempatan yang membuat liputan program berkenaan terpaksa berhenti beberapa kali, sebelum tiba di pusat tersebut.

Daripada pelantar khas pengunjung, Putera Charles yang diiringi Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan dua pegawai dari pusat itu, menyaksika­n orang utan diberi makan.

Terdapat kira-kira 26 orang utan separuh liar di Semenggoh, yang bergerak bebas di sekitar 740 hektar kawasan hutan simpan itu.

Selepas meluangkan masa kira-kira 30 minit di pusat itu, Putera Charles kemudian melawat Pusat Kepelbagai­an Biologi Sarawak, di mana baginda kelihatan sangat tertarik dengan penyelidik­an bioteknolo­gi pelbagai spesies tumbuhan di Sarawak di pusat tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEMANGA­T: Noorizah Abd Hamid (kiri) bersama Dr Sharifah Mazlina mengadakan sidang media sempena Larian Amal Antartika 2018 di pejabatnya di Laman Seri Business Park, baru-baru ini. Larian amal yang dianjurkan oleh AWETA akan diadakan pada 7 Januari...
— Gambar Bernama BERSEMANGA­T: Noorizah Abd Hamid (kiri) bersama Dr Sharifah Mazlina mengadakan sidang media sempena Larian Amal Antartika 2018 di pejabatnya di Laman Seri Business Park, baru-baru ini. Larian amal yang dianjurkan oleh AWETA akan diadakan pada 7 Januari...
 ?? — Gambar Bernama ?? MULIA: Putera Charles memberi makanan kepada Orang Utan ketika melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh, baru-baru ini.
— Gambar Bernama MULIA: Putera Charles memberi makanan kepada Orang Utan ketika melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia