Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Perancis dibicara cuba ‘seludup’ keluarga mentua Syria ke Eropah

-

ATHENS: Seorang lelaki Perancis dibicara semalam di Patras, barat Greece, kerana cuba membawa keluarga mentuanya dari Sepanyol ke Itali, dalam usaha untuk mengelak penyeberan­gan laut yang berbahaya bersama penyeludup.

Stephan Pelissier, seorang penasihat undang- undang berusia 42 tahun dari Albi, barat daya Perancis, mempunyai dua anak perempuan bersama isterinya Zena, juga seorang pakar undang-undang dan penterjema­h yang berasal dari Syria dan sudah tinggal di Perancis selama 10 tahun.

Pada Ogos 2015, di kemuncak krisis pendatang yang menyaksika­n sejuta orang – kebanyakan­nya dari Syria, Iraq dan Afghanista­n – tiba di Greece untuk mencari perlindung­an di Eropah, ibu bapa, saudara, saudari dan sepupu Zena melakukan perjalanan mereka dari Damsyik.

Di Turki, mereka adalah antara 64 pendatang yang menaiki sebuah bot yang bocor, dan diselamatk­an oleh pasukan pengawal pantai Greece yang membawa mereka ke Pulau Samos, kata Pelissier.

Dua hari kemudian, mereka sampai ke Athens dan memutuskan untuk mencuba penyeberan­gan bahaya kedua bersama penyeludup – kali ini antara Greece dan Itali.

Pelissier, yang bimbang mengenai keluarga isterinya, berkata ini telah memaksanya untuk bertindak.

“Di sana, saya kata, ‘Berhenti’. Kita tidak boleh membiarkan mereka seperti itu,” katanya kepada AFP.

Dengan mendengar “naluri hatinya”, dia berkata dia memasuki keretanya dan memandu ke Ancona sebelum dia menaiki feri ke Patras.

Keesokan hari, ketika Pelissier dan keluarga mentuanya menaiki sebuah bot untuk kembali ke Ancona, semua mereka ditangkap.

Keluarga dari Syria itu dibebaskan dengan cepat, tetapi Pelissier disangka seorang penyeludup, walaupun dia menunjukka­n buku rekod keluargany­a.

Dia pada mulanya diberi denda sebanyak 300 euro (RM1,440), tetapi seterusnya didakwa dan berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun.

Pelissier berkata: “Penjenayah bukan kami, ia adalah rejim Syria.”

Peperangan di Syria, yang meletus pada 2011 ekoran tindakan kerajaan ke atas protes, memaksa lebih lima juta orang untuk meninggalk­an negara mereka, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Penasihat undang-undang itu, yang sudah kembali ke Perancis dan tidak akan menghadiri perbicaraa­nnya, berhujah bahawa kesalahan membantu pendatang tanpa izin tidak diiktiraf di Greece kerana orang yang dibantu berada di bawah perlindung­an antarabang­sa.

Pelissier berkata dia bertindak dengan niat baik, dan percaya undang-undang sama diguna pakai di Greece sama seperti di Perancis, yang mengecuali­kan ahli keluarga yang membantu pendatang tanpa izin. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia