Utusan Borneo (Sarawak)

Penunjuk perasaan sekat jalan, landasan kereta api di Catalonia

-

BARCELONA: Penunjuk perasaan menutup jalan dan landasan kereta api di seluruh Catalonia kelmarin, yang mencetuska­n kemarahan komuter dalam mogok yang dianjurkan oleh sebuah kesatuan prokemerde­kaan selepas ketua-ketua pemisah ditahan di Madrid berhubung kempen pemisahan mereka yang memecah-belah rakyat.

Lebuh raya utama, termasuk laluan eksport Sepanyol ke Perancis dan negara lain, disekat di kira-kira 60 tempat yang menyebabka­n gangguan berleluasa di wilayah yang diselubung­i keadaan tidak menentu ekoran cubaan kerajaanny­a yang kini sudah dipecat untuk memisahkan diri dari Sepanyol.

Beberapa ratus penunjuk perasaan berjaya menyekat landasan di stesen utama Sants di Barcelona.

Pihak berkuasa berkata hubungan kereta api kelajuan tinggi dengan Perancis terganggu, dengan empat daripada lapan kereta api harian yang terjejas.

Krisis kemerdekaa­n itu telah menggegark­an lagi Kesatuan Eropah (EU) yang masih menyesuaik­an diri dengan keputusan Britain untuk meninggalk­an blok tersebut, dan menimbulka­n kebimbanga­n mengenai pergolakan sosial selain gangguan berpanjang­an kepada ekonomi keempat terbesar dalam eurozon itu.

Kelmarin Mahkamah Perlembaga­an Sepanyol menolak deklarasi kemerdekaa­n yang dibuat oleh penggubal undang-undang Catalan pada 27 Oktober lalu – yang memaksa Madrid untuk memecat kerajaan wilayah dan mengambil alih kuasa secara langsung ke atas Catalonia – dengan mengisytih­arkan usaha pemisahan itu “melanggar perlembaga­an dan terbatal”.

Madrid sedang menganjurk­an pilihan raya wilayah baharu di Catalonia untuk bulan depan dalam usaha untuk membendung kesan daripada krisis politik paling buruk sejak sekian lama di Sepanyol.

Penunjuk perasaan menggantun­g kain rentang besar di sekurang-kurangnya sebuah terowong di Barcelona, menutup mulut terowong, dan aktivis turut menyekat jalan utama yang menghubung­kan wilayah dengan 7.5 juta penduduk itu dengan Perancis dan ibu kota Sepa- nyol, Madrid.

Juan Jose Gil dari Persekutua­n Pengangkut­an Negara berkata lebuh raya AR-7 – “laluan pengangkut­an utama bagi eksport Sepanyol” – terputus di kedua-dua arah.

Laluan itu digunakan oleh purata 9,000 kenderaan barangan berat setiap hari, katanya.

Pihak berkuasa Perancis berkata sempadan disekat di bandar Puigcerda, Sepanyol, dan laluan utama lain disekat sekitar Figueres, ke utara Barcelona.

Walaupun demikian, skala mogok adalah lebih kecil berbanding mogok umum pada 3 Oktober lalu, yang menyusuli referendum kemerdekaa­n Catalonia yang diharamkan di mana 90 peratus mengundi untuk berpisah dari Sepanyol.

Seorang pegawai kementeria­n dalam negeri, Juan Antonio Puigserver, berkata penyertaan dalam mogok kelmarin adalah “minima” dalam kebanyakan sektor.

Seorang hakim di Madrid pada minggu lepas mengarahka­n lapan ahli politik pemisah untuk ditahan reman berhubung kempen pemisahan mereka. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? HALANG: Penunjuk perasaan menghalang laluan kereta api kelajuan tinggi AVE di stesen kereta api Sants semasa mogok prokemerde­kaan di Barcelona, Sepanyol, kelmarin.
— Gambar Reuters HALANG: Penunjuk perasaan menghalang laluan kereta api kelajuan tinggi AVE di stesen kereta api Sants semasa mogok prokemerde­kaan di Barcelona, Sepanyol, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia