Utusan Borneo (Sarawak)

Trump gesa Xi pantas tangani Korea Utara

Tatkala kedua-dua pemimpin tandatanga­ni perjanjian tingkat perdaganga­n dua hala

-

BEIJING: Donald Trump menggesa pemimpin China Xi Jinping untuk berusaha gigih dan bertindak pantas bagi membantu menyelesai­kan krisis nuklear Korea Utara, dalam pertemuan mereka di Beijing semalam, dan memberi amaran “masa semakin cepat kehabisan”.

Bercakap pada hari kedua lawatan ke Beijing yang diwarnai sambutan gilang-gemilang, Trump turut mengecam lebihan dagangan China yang “berat sebelah dan tidak adil” dengan Amerika Syarikat (AS) tetapi memberitah­u Xi “saya tidak menyalahka­n China”, ketika kedua-dua negara menandatan­gani perjanjian perdaganga­n bernilai lebih AS$250 bilion (RM1.08 trilion).

Xi meraikan Trump di Dewan Agung Rakyat yang besar, bersebelah­an Dataran Tiananmen, untuk acara utama dalam jelajah lima negara presiden AS itu ke Asia.

Walaupun kedua-dua pemimpin bergurau senda selari dengan persahabat­an yang mereka akui – dengan Trump yang memanggil Xi seorang “lelaki yang sangat istimewa” – bekas taikun hartanah itu menjelaska­n beliau menjangka China akan meningkatk­an lagi usaha untuk mengawal Korea Utara.

“Kita mesti bertindak cepat. Dan kita harap China akan bertindak lebih cepat dan lebih berkesan ke atas masalah ini berbanding pihak lain,” kata Trump, sambil mengucapka­n terima kasih kepada Xi di atas usahanya untuk membataska­n perdaganga­n dengan Pyongyang.

“China dapat memperbetu­lkan masalah ini dengan mudah dan cepat, dan saya menyeru kepada China dan presiden anda yang hebat untuk mengusahak­annya dengan gigih,” kata pemimpin AS itu.

“Saya tahu satu perkara mengenai presiden anda; jika dia mengusahak­annya dengan gigih, ia akan berlaku. Tiada keraguan mengenainy­a.”

Pentadbira­n AS berpendapa­t kelebihan China dari segi ekonomi ke atas Korea Utara adalah kunci kepada usaha untuk menekan Pyongyang agar menghentik­an program misil dan senjata nuklearnya.

Xi berkata kedua-dua negara menegaskan “komitmen kukuh” kepada usaha memansuhka­n senjata nuklear di semenanjun­g Korea dan melaksanak­an ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau turut mengulangi rayuan agar isu itu diselesaik­an menerusi rundingan, dan menyatakan China bersedia untuk membincang­kan “laluan menuju ke arah keamanan dan kestabilan yang berkekalan di semenanjun­g (Korea)”.

WalaupunCh­inamenyoko­ng sekatan PBB, pegawai AS mahu pihak berkuasa China mengambil tindakan ke atas perdaganga­n haram di sepanjang sempadan Korea Utara.

Namun pakar meragui sama ada China akan mengambil langkah yang Trump mahu- kan atau pun tidak, seperti menghentik­an eksport minyak mentah ke Korea Utara. Beijing bimbang rejim itu akan tumbang jika Pyongyang ditekan terlalu kuat.

Trump, yang dijangka bertemu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di sidang kemuncak APEC di Vietnam pada hujung minggu ini, turut menggesa Rusia “membantu mengekang situasi yang berpotensi menjadi sangat tragis ini”.

Washington tidak merahsiaka­n kekecewaan­nya dengan lebihan dagangan China yang begitu besar dengan AS, tetapi di satu majlis menandatan­gani perjanjian perdaganga­n AS-China yang bernilai lebih AS$250 bilion – termasuk pesawat dari Boeing bernilai AS$37 bilion (RM159 bilion) – Trump berkata beliau tidak menyalahka­n Beijing.

“Siapakah yang dapat menyalahka­n sesebuah negara kerana dapat mengambil kesempatan ke atas negara lain demi kebaikan rakyatnya?”

Bagaimanap­un beliau meletakkan tanggungja­wab ke atas pentadbira­n AS pada masa lalu “kerana membiarkan defisit dagangan yang tidak terkawal ini untuk berlaku dan berkembang”.

Pentadbira­n Trump telah mencari penawar perdaganga­n secara agresif dalam hubungan komersil dengan Beijing – menyiasat amalan dagangan China ke atas harta intelek dan dalam aluminium dan keluli.

“Terdapat sedikit pergeseran mengenai dagangan dua hala,” kata Xi. “Namun berdasarka­n kerjasama menang-menang, kita harap kita dapat menyelesai­kan isu-isu ini dengan cara berunding.”

Dalam lawatan rasmi pertama Trump ke China, sebuah pancaragam tentera memainkan lagu- lagu kebangsaan AS dan China, tembakan meriam kehormat meletus, dan kedua- dua pemimpin memeriksa barisan tentera kehormat di seberang Dataran Tiananmen.

Kedua-dua pemimpin berkata mereka telah menjalin persahabat­an sejak Trump meraikan Xi dalam lawatan yang mewah ke pusat peranginan Mar-a-Lago milik bilionair itu di Florida untuk pertemuan pertama mereka pada April lalu. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SEPAKAT: Trump (kiri) berjabat tangan dengan Xi selepas kedua-dua pemimpin itu mengeluark­an kenyataan bersama mengenai isu perdaganga­n dan politik di Beijing semalam.
— Gambar AFP SEPAKAT: Trump (kiri) berjabat tangan dengan Xi selepas kedua-dua pemimpin itu mengeluark­an kenyataan bersama mengenai isu perdaganga­n dan politik di Beijing semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia