Utusan Borneo (Sarawak)

Konflik Afghanista­n: NATO teliti semula langkah seterusnya

-

BRUSSELS: Menteri pertahanan dari seluruh pakatan NATO bermesyuar­at di Brussels semalam untuk meneliti semula langkah seterusnya dalam konflik di Afghanista­n dan mencambah otak mengenai cara untuk menangani krisis keselamata­n berusia 16 tahun itu.

NATO pada minggu ini mengumumka­n ia akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke negara bergolak itu, untuk meningkatk­an jumlah anggota tentera Barat kepada kira-kira 16,000 orang.

Anggota tambahan itu, kebanyakan­nya warga Amerika, akan membantu melatih dan menasihatk­an tentera Afghan tempatan yang menghadapi masalah untuk menangkis puak Taliban dan pada waktu sama mengalami kerugian yang tinggi.

Pemimpin NATO optimis bahawa 2018 akan menyaksika­n tentera Afghan mula mendapat momentum ke atas puak Taliban, hasil usaha latihan baharu, tentera udara yang semakin berkembang serta ribuan komando Afghan tambahan.

Selain itu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah memberi lebih banyak kebebasan kepada tentera Amerika dalam cara dan bila mereka dapat menyerang Taliban, manakala tentera Afghan kini semakin kerap melancarka­n operasi serangan.

Bercakap sebelum sidang kemuncak menteri pertahanan NATO bermula di Brussels, Setiausaha Agung Jens Stoltenber­g berkata pakatan itu akan meningkatk­an penyertaan­nya “untuk membantu orang Afghan memecah kebuntuan, untuk menyampaik­an mesej jelas kepada Taliban dan pemberonta­k bahawa mereka tidak akan menang di medan perang”. Sejurus selepas sidang kemuncak NATO nanti, Setiausaha Pertahanan AS Jim Mattis akan mengadakan pertemuan berasingan dengan rakan dari perikatan yang menentang kumpulan Negara Islam (IS) di Timur Tengah, di mana pelampau jihad terus kehilangan wilayah.

Mattis berkata rakan perikatan melihat kepada AS untuk pelan yang jelas berhubung perkara yang akan menyusuli kekalahan IS secara fizikal.

“Mungkin tiga sukar soalan yang diajukan kepada saya sekarang adalah mengenai langkah ke hadapan. Ia bukan sama ada kita dapat menghentik­an ISIS atau tidak, adakah kita dapat mengatasi ISIS atau tidak. Mereka sekarang berkata: “Apa selepas itu? Bagaimana keadaannya?” kata Mattis kepada pemberita pada minggu ini menggunaka­n akronim lain bagi kumpulan itu.

Selepas kekalahan berturut-turut, termasuk kubu kuat mereka Raqa dan Mosul di Syria dan Iraq, pelampau IS kini sedang mempertaha­nkan kubu kuat terakhir mereka di sepanjang lembah Sungai Euphrates.

Pembabitan tentera Amerika di Syria sehingga sekarang hanya tertumpu semata-mata kepada usaha memerangi IS, tetapi selepas puak pelampau itu semakin lemah, Washington mesti memperinci­kan kepentinga­nnya bagi jangka panjang dan peranan yang akan dimainkan oleh tentera AS, jika ada, di Syria.

Sumber Perancis berkata sekutu ingin mendengar apa yang akan diperkatak­an oleh Mattis mengenai peranan Iran – penyokong penting Presiden Syria Bashar al- Assad – ekoran retorik lantang Trump menentang Tehran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia