Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Colombia catat rampasan terbesar 12 tan kokain

-

BOGOTA: Polis merampas lebih 12 tan kokain dari geng jenayah utama di Colombia kelmarin, rampasan terbesar dalam sejarah kempen negara itu sejak sekian lama untuk membantera­s penyeludup­an dadah, kata Presiden Juan Manuel Santos.

Kokain tersebut, dengan nilai pasaran di Amerika Syarikat (AS) yang dianggarka­n kira- kira AS$ 360 juta (RM1.55 bilion) oleh Santos, dijumpai disimpan di bawah tanah di empat ladang di sebuah daerah penanaman pisang dalam wilayah barat laut Antioquia, dekat sempadan Colombia dengan Panama.

“Berkat operasi polis bersama badan perisikan luar negara, dari negara mesra, rampasan terbesar dalam sejarah telah dibuat,” kata Santos di sebuah pangkalan polis di mana kokain itu dipamerkan dalam bungkusan.

Santos mengaitkan kokain itu dengan geng penyeludup­an dadah yang dikenali sebagai Klan Teluk, yang telah menjadi salah satu ancaman terbesar kepada keselamata­n sejak keamanan dimeterai pada tahun lepas dengan kumpulan gerila Marxis, Tentera Revolusi Colombia (FARC).

Rampasan itu dibuat ketika AS, sekutu paling kuat Co- lombia dalam usaha membantera­s penyeludup­an dadah, membangkit­kan kebimbanga­n mengenai peningkata­n dan penanaman koka dan ketika kerajaan menghadapi kritikan dari penggubal undang-undang pembangkan­g kerana membenarka­n geng jenayah baharu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalk­an oleh FARC.

Santos, yang akan berundur dari jawatan presiden pada tahun depan, berjanji untuk menghantar 80,000 anggota tentera dan polis ke kawasan yang dahulu dikuasai FARC dalam usaha untuk mencegah geng penyeludup­an baharu daripada bertapak di sana.

Empat orang ditangkap dalam operasi selama tiga hari sebelum rampasan dadah itu dibuat, menurut satu kenyataan polis.

Klan Teluk diketuai pelarian Dairo Antonio Usuga, yang dikenali sebagai Otoniel. AS telah menawarkan ganjaran sebanyak AS$5 juta (RM21.5 juta) bagi maklumat yang membawa kepada penangkapa­n atau kematianny­a.

Selain dadah, geng itu berurusan dalam pelombonga­n haram dan kebanyakan anggotanya yang dianggarka­n seramai 1,500 orang dahulu berkhidmat dalam kumpulan separa tentera haluan kanan.

Colombia merupakan salah satu pengeluar kokain terkemuka di dunia, dengan output kira-kira 910 tan setahun, menurut Pentadbira­n Penguatkua­saan Dadah AS.

Polis antidadah sudah merampas 362 tan kokain pada tahun ini.

 ?? — Gambar Reuters ?? RAMPASAN TERBESAR: Santos (tengah) mendengar penerangan seorang pegawai ketika mereka berdiri di atas lebih 12 tan kokain yang dirampas di Apartado, Colombia, kelmarin.
— Gambar Reuters RAMPASAN TERBESAR: Santos (tengah) mendengar penerangan seorang pegawai ketika mereka berdiri di atas lebih 12 tan kokain yang dirampas di Apartado, Colombia, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia