Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sentiasa bantu usahawan

-

KUCHING: Kerajaan dan agensi berkaitan sentiasa menganjurk­an beberapa program bagi membantu usahawan kecil dan sederhana meningkatk­an kualiti barangan dan pemasaran produk mereka.

Menteri Muda Pembanguna­n Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais berkata, antara program yang disediakan termasuk program latihan, kemahiran, pengurusan perniagaan, bimbingan serta program pembanguna­n pembungkus­an dan penjenamaa­n produk.

Selain itu katanya, kerajaan memberi galakan kepada usahawan untuk mendapatka­n geran bagi peningkata­n pembungkus­an dan penjenamaa­n melalui kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri.

“Misalnya, pihak SME Corp dan persekutua­n menawarkan bantuan di bawah Program Peningkata­n Perusahaan Kecil dan Sederhana Bumiputera (BEEP) dan Business Acelarator Program (BAP) untuk pembanguna­n pembungkus­an produk.

“Sementara bimbingan bagi mereka bentuk pembungkus­an dan penjenamaa­n adalah mengambil kira produk ke arah Persijilan Halal dan MESTI ( Makanan Selamat Tanggungja­wab Industri). Malah kita juga mengadakan program pemerkasaa­n produk untuk pasaran yang lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ripin Lamat (BN-Lambir) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Naroden berkata, kementeria­nnya turut bekerjasam­a den- gan agensi-agensi keusahawan­an seperti Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC), SME Corp, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), SIRIM Berhad, Jabatan Pertanian Sarawak dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) untuk tujuan pembanguna­n produk.

“Manakala untuk pemasaran, kementeria­n telah membangunk­an Anjung Usahawan, Sarawak Produk Pavilion (SPP) di Kuala Lumpur selain daripada program-program promosi seperti Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Showcase Usahawan Sarawak (SUS), HALFEST, Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Brunei Consumer dan sebagainya.

Kesemua usaha itu, kata Naroden, adalah bertujuan membantu usahawan kecil dan sederhana memperkena­lkan produk dan barangan mereka ke pasaran yang lebih meluas.

 ??  ??
 ??  ?? PERSIDANGA­N: Naroden semasa Persidanga­n DUN di Kompleks DUN, Kuching, semalam.
PERSIDANGA­N: Naroden semasa Persidanga­n DUN di Kompleks DUN, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia