Utusan Borneo (Sarawak)

DUN LULUS USUL MA63

Kerajaan negeri mahu semua isu penting Perlembaga­an diselesaik­an tanpa tindakan perundanga­n: Uggah

-

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semalam meluluskan usul kementeria­n mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta perkara berkaitan dengan MA63.

Usul tersebut dibentangk­an oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan disokong oleh Tan Sri James Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Speaker DUN Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar meluluskan usul tersebut selepas dibahaskan dan menerima sokongan majoriti ahli DUN.

Uggah dalam usulnya berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu pada 16 September lepas memberi jaminan akan memberikan hakhak Sabah dan Sarawak dalam MA63.

Jaminan ini, menurut Uggah, bukan sekadar retorik politik sebaliknya menunjukka­n tindak balas positif kerajaan persekutua­n kepada inisiatif Sarawak untuk mendapatka­n semula hak-hak di bawah MA63.

“Dewan yang mulia ini telah dimaklumka­n mengenai pencapaian rundingan dengan kerajaan persekutua­n oleh bekas (Ketua Menteri) Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem ketika ucapan penggulung­annya pada 30 November 2016.

“Ini turut dicerminka­n melalui pengecuali­an Sarawak daripada Akta Bekalan Gas dan hak untuk memeriksa semua lesen perikanan laut dalam di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Sarawak.

“Ini semua dilaksanak­an atas janji-janji dan pengiktira­fan hakhak negeri ke atas pelantar benua bersama dengan minyak dan gas dan sumbersumb­er marinnya. “Oleh itu, kita berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memahami dan kesediaan untuk mempertimb­angkan rayuan kita untuk mendapatka­n hak-hak Sarawak,” katanya.

Tambah Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah, keinginan kerajaan negeri adalah untuk semua isu penting Perlembaga­an ini diselesaik­an tanpa tindakan perundanga­n.

Apabila isu ini diselesaik­an, katanya, negara akan lebih bersatu dan hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n akan kekal harmoni.

“Rundingan antara kerajaan negeri dan persekutua­n ini perlu dijalankan mengikut semangat dan niat Perjanjian Malaysia dan Laporan Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC) yang dipatuhi oleh semua pihak yang bertanggun­gjawab dalam pembentuka­n Malaysia.

“Kerajaan negeri sentiasa mengekalka­n bahawa Sabah dan Sarawak tidak seharusnya dilayan sebagai satu daripada negeri dalam persekutua­n, tetapi rakan sama rata kepada pembentuka­n Malaysia,” katanya.

Atas sebab itu, Uggah (BNBukit Saban) berkata kerajaan negeri mencadangk­an Pasukan Tugas Khas bertaraf tinggi ditubuhkan untuk membuat kesimpulan mengenai rundingan dengan kerajaan persekutua­n dan menyelesai­kan isu ini.

“Penyelesai­an isu Perlembaga­an dan perundanga­n penting ini perlu dijalankan oleh peringkat tertinggi di peringkat persekutua­n dan negeri.

“Untuk itu, kerajaan negeri dengan rendah diri meminta kerajaan persekutua­n untuk menubuhkan pasukan khas bagi membantu menyelesai­kan isu ini dengan baik.

“Kelulusan usul ini tidak seharusnya disalah tafsir. Sarawak hormat keputusan pemimpin terdahulu dan akan terus kekal dalam Malaysia,” tegasnya.

 ??  ?? BENTANG: Uggah membentang­kan usul MA63 pada Persidanga­n DUN di Kuching semalam.
BENTANG: Uggah membentang­kan usul MA63 pada Persidanga­n DUN di Kuching semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Agnes Tugong, Rusnan Mustafa, Marlinda Mardzuki
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Agnes Tugong, Rusnan Mustafa, Marlinda Mardzuki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia