Utusan Borneo (Sarawak)

SUSPEK ROGOL WANITA DALAM PONDOK DICEKUP

-

JULAU: Seorang lelaki yang sudah berumah tangga diberkas pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (ISJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau tengah hari semalam kerana disyaki merogol seorang wanita di sebuah pondok kebun berhampira­n sebuah rumah panjang di Pakan, petang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Julau DSP Bidol Noyeng berkata, suspek, 41, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dicekup polis yang bertindak selepas menerima laporan polis dibuat mangsa, 31, sekitar jam 8 malam Rabu lepas.

“Kita hanya dimaklumka­n kejadian rogol itu berlaku pada petang Selasa lalu tetapi tiada masa spesifik dimaklumka­n oleh mangsa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Bidol, suspek dan mangsa tidak mempunyai pertalian keluarga tetapi mereka saling mengenali antara satu sama lain dan tinggal di rumah panjang yang sama.

Tambahnya, hasil siasatan awal pihak polis, suspek yang sudah berkahwin dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu di pondok kebun berhampira­n rumah panjang mereka, tetapi waktu kejadian sebenar belum dapat dipastikan.

“Polis turut mendapati ada elemen paksaan dalam kes ini di mana mangsa tidak rela mengadakan hubungan seks dengan suspek di pondok kebun tersebut,” jelasnya.

Menurut beliau, perintah reman akan dipohon pagi ini bagi membolehka­n siasatan lanjut dijalankan terhadap suspek.

Setakat ini, katanya, polis masih menjalanka­n siasatan berhubung kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 376 kerana disyaki merogol.

 ??  ?? DICEKUP: Suspek (tengah) berjaya diberkas polis.
DICEKUP: Suspek (tengah) berjaya diberkas polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia