Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI KEMALANGAN DI MJC MENINGGAL DUNIA DI HUS

-

KUCHING: Seorang lelaki meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya selepas terlibat kemalangan di Jalan Bandar Baru Batu Kawa (MJC) di sini, malam kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik DSP Bingkok John berkata, mangsa Lew Yu Song berusia 52 tahun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Menurutnya, mangsa semasa kejadian dikatakan dalam perjalanan dari arah pusat bandar raya sebelum kereta yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok sekitar jam 11.30 malam.

“Mangsa dari arah Kuching menuju ke MJC apabila keretanya tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok di tepi jalan tersebut.

“Mangsa dibawa oleh isterinya ke HUS dengan menaiki kenderaan awam dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Unit kecemasan HUS,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk bedah siasat.

Kes tersebut masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Di Miri, seorang lelaki mengalami kecederaan selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan kendiri di Jalan MiriLutong malam kelmarin.

Kemalangan menyebabka­n mangsa berusia 29 tahun tercampak ke tempat duduk belakang dan tersepit.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Law Poh Kiong berkata, lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dengan dua jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK) Ellai Bidang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada kirakira jam 10.30 malam.

“Jentera pertama tiba di lokasi kira-kira jam 11 malam bertindak mengeluark­an mangsa dari kereta itu.

“Mangsa kemudianny­a diberi rawatan awal dan kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan kepada media semalam.

 ??  ?? MAUT: Mangsa kemalangan di MJC disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di HUS. TERPERANGK­AP: Anggota bomba berusaha menyelamat­kan mangsa dalam kemalangan di Jalan Miri-Lutong.
MAUT: Mangsa kemalangan di MJC disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di HUS. TERPERANGK­AP: Anggota bomba berusaha menyelamat­kan mangsa dalam kemalangan di Jalan Miri-Lutong.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia