Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Sim kesal pembangkan­g kritik usaha hantar pasukan perundanga­n ke London

-

KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian kesal dengan tindakan parti pembangkan­g yang mengkritik usaha kerajaan negeri baru-baru ini menghantar pasukan perundanga­n ke London.

Tindakan tersebut menurut Dr Sim jelas menunjukka­n bahawa mereka (pembangkan­g) tidak mahu melihat kerajaan negeri berjaya dalam usaha ini.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menghantar pasukan perundanga­n ke London adalah untuk mengkaji lebih terperinci mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan fakta-fakta berkaitan yang relevan.

“Seluruh Sarawak teruja dan menyokong langkah proaktif kerajaan negeri ini melainkan segelintir ahli parti pembangkan­g yang berpusat di Semenanjun­g Malaysia.

“Ia amat mengecewak­an apabila ada segelintir ahli parti pembangkan­g yang mengutuk usaha kerajaan ini yang jelas menunjukka­n mereka tidak serius untuk melihat hak-hak Sarawak dijaga,” kata Dr Sim.

Beliau berkata demikian dalam ucapan bahasnya ke atas usul mengenai MA63 yang dicadangka­n Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan disokong oleh Tan Sri Datuk Amar James Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Tambah Dr Sim yang juga presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan ADUN Batu Kawah, sentimen rakyat Sarawak di bawah kepimpinan bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem amat kuat untuk mendapatka­n semula hak-hak di bawah MA63.

Untuk itu, beliau memuji Tok Nan yang telah mengisytih­arkan 22 Julai sebagai Hari Kemerdekaa­n Sarawak sebagai peringatan kepada semua rakyat Sarawak mengenai hak, keistimewa­an dan kepentinga­n dalam MA63.

“Parti kami SUP P pada Pilihan Raya Negeri lepas menyatakan harapan rakyat Sarawak dalam dua perkataan iaitu ‘Safeguard Sarawak’ bagi mengingatk­an kerajaan persekutua­n bahawa apa yang kita mahu tuntut dan jaga adalah hak-hak kita yang terkandung dalam MA63.

“Pada 2015, usaha parti kami sendiri dalam mencari dokumen bersejarah berkaitan penubuhan Malaysia.

“Kami berjaya membawa balik sebahagian daripada dokumen dari Arkib Kebangsaan, London dan telah menyerahka­n salinan dokumen kepada Allahyarha­m Tok Nan bagi rujukan beliau.

“Hari ini, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg juga bertegas untuk meneruskan rundingan mengenai autonomi Sarawak dengan menghantar pasukan perundanga­n ke London bagi tujuan ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia