Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ugut anak saudara diperintah reman tiga hari

-

MIRI: Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki melakukan ugutan jenayah terhadap anak saudaranya diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluar Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n permohonan reman dikemuka penolong pegawai penyiasat Sarjan Zairustam Abdullah dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Zairustam memberitah­u pada 9 November lalu, wanita membuat laporan polis mendakwa diugut bapa saudaranya.

Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 11.45 pagi hari sama, ketika berada di rumah ibunya di Tudan Fasa 4 di sini, tiba-tiba bapa saudaranya mengamuk tanpa diketahui sebabnya.

Suspek ( bapa saudara) terus menunjukka­n sebilah pisau ke arah pengadu dan ahli keluarga yang lain sambil mengugut hendak membunuh mereka.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 5 petang hari kejadian, polis berjaya menangkap suspek di rumah keluargany­a di Tudan Fasa 4 di sini kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya, Zairustam memberitah­u reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 44 tahun amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain itu, polis masih memerlukan masa merakam percakapan saksi serta menghantar suspek bagi menjalani ujian air kencing, justeru membebaska­n dia lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman tiga hari ke atas suspek dan tempoh reman tamat pada 13 November ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia