Utusan Borneo (Sarawak)

Menganiaya sehingga sebabkan kecederaan fizikal

-

MIRI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita juga rakan senegarany­a.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Pirman Hollang, 26, dari Pari Pari Sulawesi Selatan, Indonesia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntu­k hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh didapati melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Syarifah Devi Dian Sari Astuti dengan mencekik leher mangsa menggunaka­n tangannya dan mengugut akan membakar dirinya hidup-hidup.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4 petang, 30 Oktober lalu di hadapan bilik sewa di tingkat dua sebuah lot di Jalan Bendahara di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor. KUANTAN: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas tuduhan menganiaya anak mereka yang berusia 10 tahun dengan merantai lehernya pada tong gas, bulan lepas.

Mohd Farid Fikri Mohamad, 32, yang merupakan anggota tentera dan isterinya Fatimah Muhammad Zain, 37, dengan tenang membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Unaizah Mohd.

Mereka didakwa menganiaya kanak-kanak itu di bawah jagaan mereka sehingga menyebabka­n kecederaan fizikal terhadap mangsa di sebuah rumah di Bandar Indera Mahkota di sini antara jam 1 pagi hingga 9.15 pagi, 5 Okt lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau keduaduany­a, jika sabit kesalahan.

Seksyen itu juga memperuntu­kkan hukuman tambahan bon berkelakua­n baik untuk tempoh dan syarat yang difikirkan sesuai oleh mahkamah serta melakukan khidmat masyarakat tidak melebihi 240 jam.

Mereka juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan membiarkan anak itu tanpa membuat persediaan untuk pengawasan dan pemelihara­an yang sepatutnya antara jam 8 pagi, 31 Sept hinggga 10.30 malam, 4 Okt di tempat yang sama.

Mangsa merupakan anak kandung Fatimah hasil perkahwina­n terdahulu dengan seorang pencuci kereta di Melaka dan selepas kejadian itu, kanak-kanak itu bersama abangnya tinggal bersama ayah kandung mereka.

Pada prosiding itu, peguam Noor Svetlana Mohd Noor Nordin merayu agar mahkamah mengurangk­an jaminan RM8,000 setiap seorang yang diitawarka­n Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hassim atas alasan keadaan kewangan anak guamnya tidak begitu baik.

Noor Svetlana juga memaklumka­n Mohd Farid Fikri telah berkhidmat sebagai anggota tentera selama 13 tahun dan tidak pernah mempunyai rekod buruk, sehingga seorang pegawainya hadir di mahkamah untuk memberi sokongan moral.

Unaizah kemudian menetapkan jaminaan sebanyak RM6,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan sebutan semula pada 9 Jan 2018 untuk penyerahan dokumen dan laporan perubatan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIIRING KELUAR: Mohd Farid dan Fatimah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dekat Kuantan, semalam atas tuduhan menganiaya anak mereka yang berusia 10 tahun dengan merantai lehernya pada tong gas bulan lepas.
— Gambar Bernama DIIRING KELUAR: Mohd Farid dan Fatimah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dekat Kuantan, semalam atas tuduhan menganiaya anak mereka yang berusia 10 tahun dengan merantai lehernya pada tong gas bulan lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia