Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Keahlian Everwin tawar harga terendah untuk semua jenis barangan

-

SIBU: Nikmati harga terendah untuk semua jenis barangan di Pasar Raya Everwin Terminal Bas Sibu dan Everwin Jalan Channel ( berdekatan Pasar Sentral Sibu) di sini sempena Hari Keahlian (Member Day’s) bermula 10 hingga 12 November 2017.

Menurut Pengurus Besar Wilayah Everwin Supermarke­t Department Store Sdn Bhd Moh Yong Ming, pengunjung yang mempunyai kad keahlian di Pasar Raya Everwin Terminal Bas Sibu dan Everwin Jalan Channel akan menikmati harga keahlian yang sangat berbaloi untuk semua barang yang ada di pasar raya berkenaan.

“Bersempena Member Days ini, kami menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk semua pelanggan kami yang mempunyai kad keahlian Everwin di sini.

“Tawaran hebat ini akan berlangsun­g selama tiga hari bermula hari ini ( semalam) hingga 9 April,” kata Yong.

Tambahnya, untuk itu, selama tiga hari Pasar Raya Everwin Terminal Bas Sibu dan Everwin Jalan Channel akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 11 malam.

Menurut Yong, harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah daripada harga pembekal.

“Setiap tahun kita men- gadakan Hari Keahlian untuk semua pelanggan yang setia berkunjung ke pasar raya kami,” katanya lagi.

Oleh itu, Yong menyeru semua pelanggan mereka yang mempunyai kad keahlian supaya datang beramai- ramai ke Pasar raya Everwin Terminal Bas Sibu dan Everwin Jalan Channel untuk menikmati harga terendah yang ditawarkan oleh mereka.

“Ini adalah antara keistimewa­an yang kami berikan kepada semua pelanggan kami. Mereka yang belum mempunyai kad keahlian boleh mendaftar di sini dengan bayaran hanya RM5 sahaja,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia