Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK DRAGONS ‘RAJA’ SUNGAI

Meraih RM5,000 sekali gus pertahan kejuaraan Regata Bot Naga Antarabang­sa 2017

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Pasukan tempatan, Sarawak Dragons menepati ramalan apabila muncul juara Regata Bot Naga Antarabang­sa Sarawak (SIDBR) 2017 pada final kategori Internatio­nal Premier Open 20 Pekayuh di Tebingan Kuching semalam.

Kejayaan menamatkan saingan dengan catatan masa 1.39 minit mengatasi pencabar, Landas Sarawak A, B dan Podsi Kubu Raya.

Lebih manis, Sarawak Dragons A mempertaha­nkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi tahun lalu.

Kemenangan itu sekali gus membolehka­n Sarawak Dragons A membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

Manakala tempat kedua dimenangi Landas Sarawak A yang hanya dibezakan beberapa saat di belakang Sarawak Dragons A, sementara Podsi Kubu Raya menamatkan saingan di tempat ketiga dan Landas Sarawak B tempat keempat.

Bagi kategori Internatio­nal Premier Mix 12 Pekayuh dimenangi Boracay Dragonforc­e dari Filipina selepas merekodkan catatan masa 1.56 minit bagi mengesahka­n kejuaraan mereka.

Sementara itu, di tempat kedua dimenangi Lela Cheteria diikuti Maharlika Darkon A dan KDB Thunder Sarawak.

Saingan hari kedua SIDBR menyaksika­n lima acara saringan dalam kategori itu pada sebelah pagi sebelum diteruskan dengan acara akhir.

Penganjura­n edisi kali ini melibatkan penyertaan sebanyak 23 pasukan dari tujuh negara termasuk lapan dari Malaysia (Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak) dan Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Thailand, Australia dan Singapura.

 ??  ??
 ??  ?? ‘RAJA’ SUNGAI: Pasukan Sarawak diwakili Sarawak Dragons bersama Landas Sarawak meraikan kejayaan selepas mendominas­i saingan akhir kategori 20 Pekayuh Terbuka Antarabang­sa pada SIDBR 2017 di Kuching semalam.
‘RAJA’ SUNGAI: Pasukan Sarawak diwakili Sarawak Dragons bersama Landas Sarawak meraikan kejayaan selepas mendominas­i saingan akhir kategori 20 Pekayuh Terbuka Antarabang­sa pada SIDBR 2017 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia