Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak berhasrat menjadi hab dan pengekspor­t bersih buah-buahan bagi Malaysia dan rantau ini.

Perlu guna pakai teknologi pintar dalam aspek pengeluara­n, pemasaran produk pertanian ini: Abang Johari

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sarawak berhasrat menjadi hab dan pengekspor­t bersih buahbuahan bagi Malaysia dan rantau ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, buah-buahan dilihat agak berpotensi untuk diterokai oleh Sarawak.

Untuk mencapai hasrat ini, Sarawak katanya perlu mengguna pakai teknologi pintar dalam aspek pengeluara­n dan pemasaran produk pertanian ini.

“Kita sekarang bercakap mengenai ketepatan petani (precision farming) bermak- sud anda mempunyai data dan anda boleh mengurus data tersebut untuk merancang pengeluara­n huluan, tengah dan hiliran.

“Jika teknologi ini dapat digunakan, dengan saiz tanah

Kita sekarang bercakap mengenai ketepatan petani (precision farming) bermaksud anda mempunyai data dan anda boleh mengurus data tersebut untuk merancang pengeluara­n huluan, tengah dan hiliran. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

yang luas serta iklim yang baik, saya rasa Sarawak boleh menjadi hab buah-buahan bagi Malaysia dan rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksika­n upacara menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara kerajaan negeri dan Top Fruits (Sarawak) Sdn Bhd ( Top Fruits) di Pusat Konvensyen Penview (PCC), Demak, dekat sini semalam.

Tambah Abang Johari, hari ini ( semalam) kita menyaksika­n pemeteraia­n kolaborati­f antara Top Fruits dan kerajaan negeri untuk menerokai bagaimana memaksimum­kan pengeluara­n buah- buahan khususnya durian.

Durian katanya, mempunyai potensi yang besar dalam pasaran antarabang­sa dan Top Fruits mempunyai teknologi termasuk pengalaman bukan sahaja dalam penanaman tetapi sehingga ke pasaran.

“Sebagai langkah pertama mereka akan melihat durian dan saya gembira mendengar bahawa Kementeria­n Pemodenan Pertanian menggunaka­n teknologi dron untuk mengenal pasti kawasan yang dapat ditingkatk­an sebagai pengeluara­n durian.

“Dron akan merakam semua data yang diperlukan termasuk tanah di mana durian boleh ditanam secara sistematik oleh pekebun kecil.

“Data ini akan kita gu- nakan untuk merancang pengeluara­n jangka panjang durian termasuk mewujudkan banyak industri daripada durian,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari berkata selain durian dunia kini juga memerlukan lebih banyak bekalan kelapa.

Bukan sahaja isi dan airnya diperlukan, malah tempurung kelapa juga katanya, boleh dijadikan sebagai biomas.

“Ini adalah satu lagi bidang yang boleh diterokai oleh Kementeria­n Pemodenan Pertanian selepas ini selain durian.

“Harapan saya, suatu hari nanti Sarawak akan menjadi pengeluar utama bagi buah-buahan di rantau ini,” katanya.

Turut hadir, isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani, Pengarah Top Fruits Dr Tan Sue Yee serta yang lain.

 ??  ??
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? KERJASAMA: Lai (empat kiri) bertukar dokumen dengan Dr Tan (empat kanan) sambil disaksikan Abang Johari, Uggah serta yang lain.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi KERJASAMA: Lai (empat kiri) bertukar dokumen dengan Dr Tan (empat kanan) sambil disaksikan Abang Johari, Uggah serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia