Utusan Borneo (Sarawak)

Statistik kanak-kanak didera, diabai meningkat

Pada 2015, 4,453 kes dilaporkan, meningkat kepada 4,982 kes atau 11.9 peratus pada 2016

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Statistik kanakkanak didera dan diabaikan bagi tempoh 2013 hingga 2016 menunjukka­n trend meningkat.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata pada 2015, 4,453 kes dilaporkan dan semakin meningkat kepada 4,982 kes atau 11.9 peratus pada 2016.

“Ini memberi gambaran semakin terhakis nilai murni rasa kasih sayang terhadap anak-anak dan bertanggun­gjawab terhadap keselamata­n dan memberi perlindung­an kepada mereka.

“Berdasarka­n statistik itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) berhubung kanak- kanak terlibat kesalahan jenayah menunjukka­n penurunan bagi tempoh 2013 hingga 2015.

“Sebanyak 5,254 kes pada 2013, penurunan sebanyak 417 kes kepada 4,837 kes pada 2014 dan penurunan 469 kes kepada 4,368 kes bagi 2015 manakala pada 2016, meningkat semula kepada 4,982 kes,” katanya pada perasmian Bengkel Sahabat Bijak anjuran JKM di sini kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang itu berkata kerajaan memandang serius kes-kes buli khususnya melibatkan kanak-kanak sekolah.

Katanya, kanak- kanak berhak mendapat perlind- ungan daripada sebarang bentuk keganasan dan layanan buruk seperti di bawah Artikel 19 Konvensyen Mengenai Hak Kanak- Kanak atau ‘ Convention on the Rights of the Child’ (CRC).

Kebimbanga­n ibu bapa terhadap keselamata­n anakanak mereka di institusi pengajian semakin berleluasa apabila jenayah buli menjadi perhatian pelbagai pihak.

“Berdasarka­n rekod Polis Diraja Malaysia ( PDRM) terdapat sebanyak 2,322 kes buli melibatkan pelajar sekolah dari 2012 hingga Jun 2017,” jelasnya.

Turut hadir Residen Bahagian Sarikei Mohamad Junaidi Mohidin dan Pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei Tang Kee Lee.

Ini memberi gambaran semakin terhakis nilai murni dan rasa kasih sayang terhadap anak-anak dan bertanggun­gjawab terhadap keselamata­n dan memberi perlindung­an kepada mereka. Datu Len Talif Salleh Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar

 ??  ?? MANTAPKAN PENGETAHUA­N: Len bersama tetamu serta peserta Bengkel Sahabat Bijak di Sarikei, kelmarin.
MANTAPKAN PENGETAHUA­N: Len bersama tetamu serta peserta Bengkel Sahabat Bijak di Sarikei, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia