Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita OKU terselamat kereta ibu rempuh rumah

-

PARIT: Seorang wanita orang kurang upaya ( OKU) nyaris maut selepas kereta yang dipandu ibunya merempuh bahagian hadapan rumah mereka di Taman Parit Jaya di sini, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyel amat Parit, Azman Harun berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira- kira jam 2.41 petang sebelum sebuah jentera bersama enam anggota bergegas ke rumah terbabit.

Beliau berkata sebaik tiba, pihaknya men- dapati sebuah kereta jenis Honda CRV telah merempuh dan termasuk sepenuhnya ke rumah itu yang mana di dalamnya terdapat dua penghuni termasuk wanita OKU berumur 23 tahun itu.

“Rempuhan yang melanggar bahagian dinding dan pintu utama rumah tersebut menyebabka­n kedua-dua mangsa tidak dapat keluar dari rumah itu.

“Pihak kami terpaksa membuka jeriji tingkap bagi mengeluark­an kedua- dua mangsa dan kemudian menyerahka­n anaknya yang OKU kepada pihak ambulans dari Klinik Kesihatan Parit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Azman berkata kejadian dipercayai berlaku apabila ibu kepada wanita OKU yang berumur 64 tahun itu, tersalah menukar gear semasa hendak mengundur kereta.

“Semasa kejadian berlaku, ibunya hendak keluar ke pekan manakala anaknya tinggal di rumah dan duduk di ruang tamu,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya kira- kira jam 3.25 petang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia