Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwaan hak Sabah tidak dilaksana adalah retorik politik: Pendikar

-

KOTA KINABALU: Dakwaan sesetengah pihak bahawa hak- hak Sabah tidak dilaksanak­an sepenuhnya di bawah Perjanjian Malaysia 1963 ( MA63) hanya retorik politik bagi mencetuska­n rasa marah dan benci dalam kalangan rakyat Sabah yang mungkin tidak memahami sepenuhnya sejarah pembentuka­n negara, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata dokumen berkaitan sejarah pembentuka­n Malaysia seperti Memorandum 20 Perkara dan Laporan Suruhanjay­a Cobbold ditimbulka­n agar mencermink­an sesetengah daripada tuntutan yang digariskan dalam MA63 tidak dipenuhi.

“Dokumen tersebut hanya mengandung­i cadangan (dalam pembentuka­n Malaysia) dan rundingan yang menyusuli pelbagai mesyuarat pada masa itu. Dokumen terbabit bukan perjanjian yang sah di sisi undang-undang.

“Satu-satunya perjanjian yang sah di sisi undangunda­ng ialah MA63 yang menguatkua­sakan semua syor dalam dokumen terbabit.

“Ada rantaian peristiwa ke arah pembentuka­n Malaysia yang tidak boleh dipisahkan… anda mesti lihat dalam keseluruha­n roh MA3 dan kenapa ia dilakukan dengan cara sedemikian,” katanya kepada pemberita selepas menyertai forum mengenai MA63 yang dianjurkan oleh Pertubuhan Gabungan Idea Pembanguna­n Sabah, di sini semalam.

Pandikar yang barubaru ini menerbitka­n buku mengenai MA63 bertajuk ‘Berpisah Tiada’, meng- gesa orang ramai agar memahami perjanjian dan sejarahnya sebelum membuat ulasan yang boleh menjejaska­n sebuah negara yang sudah aman dan harmoni.

Beliau juga berkata hanya segelintir rakyat di Sabah dan Sarawak berkongsi pandangan Doris Jones, penggerak Sabah Sarawak Keluar Malaysia.

Pandikar turut menyanggah dakwaan kerajaan persekutua­n tidak membawa kemajuan kepada rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Kita bakal memiliki Lebuhraya Pan Borneo, seperti Lebuhraya UtaraSelat­an dari Perlis ke Johor. Sekarang kita mahu membina jambatan (menghubung­kan Labuan dan Menumbok, kira- kira 155 kilometer dari sini). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia