Utusan Borneo (Sarawak)

UCA diminta berperanan penting kepada masyarakat Cina

-

SIBU: Persatuan Gabungan Cina (UCA) Sarawak diminta supaya memainkan peranan penting kepada masyarakat Cina di negeri ini.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh berkata ini penting bagi menjaga kebajikan serta isuisu berkaitan masyarakat itu.

“UCA perlu lebih proaktif dan komited dengan peranannya serta menggerakk­an persatuan demi masyarakat Cina di negeri ini.

“Saya mahu mereka lebih peka dengan isu-isu semasa yang sering melanda masyarakat kita,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke-40 UCA Bahagian Sibu di sini kelmarin.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King, Timbalan Duta Besar China ke Kuching Zhang Yang, Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee, Temenggung Datuk Vincent Lau, Presiden UCA Sarawak Hii Teck Yun, Pengerusi UCA Bahagian Sibu Kong Hian Khim dan pengerusi pengelola Lau Kiun Foo.

Beliau menyempurn­akan majlis itu bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Sementara itu, Wong juga mahu UCA rapat dengan agensi-agensi kerajaan dalam usaha menyelesai­kan masalah serta isu-isu semasa dihadapi masyarakat Cina.

Menteri Kewangan Kedua itu berkata, ini perlu bagi memudahkan urusan mereka malah hubungan harus dikukuhkan membolehka­n setiap urusan mudah serta mempunyai banyak saluran.

“Selain itu, UCA juga perlu mengukuhka­n hubungan mereka dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dalam mempelbaga­i peranan mereka,” jelasnya.

Bagi mengekalka­n UCA terus relevan kepada masyarakat Cina di negeri ini, Wong mahu semua ahlinya sentiasa bersatu padu serta mengetepik­an persepsi politik berbeza.

“Jangan campur aduk politik dan bangsa. Ini membuatkan anda lebih mudah bekerja sekiranya faktor bangsa diutamakan,” katanya.

Dalam pada itu, Wong turut memberi jaminan bahawa pihaknya serta kementeria­n berkaitan berusaha memperbany­akkan penerbanga­n ke Sibu.

“Ia mengambil masa dan bukannya mudah menghubung­kan Sibu dengan negara luar,” katanya sambil memberitah­u bahawa pihaknya turut berusaha menambah penerbanga­n Sibu-Kota Kinabalu.

Pada majlis itu, UCA turut mengagihka­n peruntukan RM25,000 kepada sekolahsek­olah Cina persendiri­an di negeri ini.

Sejumlah RM17,000 berjaya dikumpulka­n daripada hadirin pada majlis itu bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Wong (lima kiri) serta kenamaan lain memotong kek Ulang Tahun Ke-40 UCA Sibu malam kelmarin.
RAIKAN BERSAMA: Wong (lima kiri) serta kenamaan lain memotong kek Ulang Tahun Ke-40 UCA Sibu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia