Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Bintulu terus unggul sebagai sekolah cemerlang

-

BINTULU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu terus unggul sebagai sekolah cemerlang apabila dinobatkan johan sekolah menengah bandar Anugerah Kecemerlan­gan Kokurikulu­m Peringkat Kebangsaan 2017 di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah pada 7 hingga 9 November lalu.

Penganuger­ahan itu menyaksika­n pelajar dan guru sekolah itu merangkul beberapa pencapaian kategori Murid Cemerlang Kokurikulu­m Sekolah Menengah Lelaki disandang Joel Laing Luyoh, Murid Cemerlang Kokurikulu­m Sekolah Menengah Perempuan diraih Jocelyn Neo dan tempat kelima Guru Cemerlang Kokurikulu­m Sekolah Menengah diraih Ling Sim Hie.

Pengetua SMK Bintulu Ananthan Subramania­m ber- kata mereka amat gembira dengan kejayaan itu terutama melalui usaha dan tempoh diambil selama lima hingga enam tahun membentuk satu pengurusan kokurikulu­m mantap dan terbaik.

“Ini hasil komitmen, kesanggupa­n, kebolehan dan sokongan pelbagai pihak terus mendorong SMK Bintulu menuju ke arah penambahba­ikan sahsiah dan minda pelajar selain mengangkat nama sekolah, Bintulu dan pendidikan Sarawak,” katanya di sini semalam.

Dengan kejayaan itu, SMK Bintulu membuktika­n bahawa sekolah biasa boleh mencapai kejayaan luar biasa dengan adanya usaha yang luar biasa.

“Saya bagi pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, ibu bapa, guru, pelajar, komuniti dan agensi-agensi kerajaan yang menjayakan pelbagai program sekolah kami,” ujarnya.

Ananthan berkata, pihak sekolah juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bintulu yang banyak memberi sokongan moral dan kewangan untuk menjayakan program-program sekolah.

Kepulangan rombongan SMK Bintulu pada malam Jumaat lalu di Lapangan Terbang Bintulu disambut Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu Fred Entau, Penolong Pegawai PPD Bintulu Yusuf Harbi, kakitangan PPD Bintulu, guru dan ibu bapa.

 ??  ?? CEMERLANG: Dua pelajar iaitu Joel (kiri), Jocelyn (kanan) dan gurunya, Ling Sim Hie (dua kiri) bersama Ananthan (dua kanan) menunjukka­n anugerah diterima.
CEMERLANG: Dua pelajar iaitu Joel (kiri), Jocelyn (kanan) dan gurunya, Ling Sim Hie (dua kiri) bersama Ananthan (dua kanan) menunjukka­n anugerah diterima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia