Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP tidak menolak kemungkina­n ia diadakan pada suku pertama 2018

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) tidak menolak kemungkina­n Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diadakan dalam suku pertama tahun depan iaitu antara Januari hingga Mac.

Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting berkata kebarangka­lian PRU14 diadakan tahun ini dilihat sudah terlambat kerana di penghujung tahun.

“Kemungkina­n PRU14 diadakan tahun depan kerana tahun ini sudah terlalu lewat. Ada pihak mengatakan dalam tempoh suku pertama dan kita ada beberapa bulan lagi menghadapi­nya,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali (TGM) SUPP Piasau di sini semalam.

Pengerusi SUPP Piasau itu berkata SUPP akan bertanding di tujuh kerusi Parlimen iaitu Miri, Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Sibu dan Lanang.

Menurutnya, ahli-ahli diminta bekerja lebih keras membolehka­n SUPP memenangi semua kerusi itu.

“Calon- calon berpotensi telah turun padang dan kita bekerja keras. TDC (Persidanga­n Deligasi Tiga Tahun Sekali) akan diadakan di Kuching pada 22 dan 23 Disember depan,” jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu memberitah­u bahawa jentera parti itu telah bergerak sejak tahun lalu sehingga sekarang mempersiap­kan diri berdepan apa juga cabaran kempen parti lawan menjelang PRU14 nanti.

“Kita adalah parti berorienta­sikan rakyat. Kita tidak menunggu pilihan raya untuk datang. Kita terus berkhidmat kepada rakyat,” jelasnya.

Katanya setiap cawangan dan ranting diarah turun padang menemui rakyat untuk menambah sokongan mereka terhadap SUPP.

Ting berterima kasih kepada rakyat kerana kembali memberi peluang kepada SUPP terus berkhidmat mewakili mereka.

Mengenai TGM, beliau berbangga dengan semangat penyatuan dan kerjasama kalangan ahli memperkuku­h parti.

“Hampir semua cawangan dan ranting parti mengadakan TGM yang perlu dilakukan dalam tempoh 1 hingga 15 November.

“Semua berjalan dengan baik. Tiada pertanding­an. Ini menunjukka­n penyatuan antara ahli di seluruh Sarawak,” katanya.

Mengenai keahlian, SUPP Piasau menerima seramai 600 ahli baharu dalam tempoh tiga tahun.

Ting berharap lebih ramai penduduk menyertai parti itu untuk memperluas peranan dan khidmat kepada rakyat di negeri ini.

Kemungkina­n PRU14 diadakan tahun depan kerana tahun ini sudah terlalu lewat. Ada pihak mengatakan dalam tempoh suku pertama dan kita ada beberapa bulan lagi menghadapi­nya. Datuk Sebastian Ting Setiausaha Agung SUPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia