Utusan Borneo (Sarawak)

Namanya lambang kepelbagai­an budaya menonjolka­n keunikan Kuching sebagai Bandar Raya Perpaduan

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Jambatan Darul Hana yang menjadi mercu tanda baharu di Tebingan Kuching merupakan pelengkap kepada bandar raya ini.

Yang di- Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, kekayaan budaya masyarakat di utara Kuching dan keharmonia­n hidup rakyat berbilang kaum di selatannya pula kini disatukan dengan adanya jambatan tersebut sekali gus menjadi pelengkap keindahan bandar raya ini.

Malah, beliau memberitah­u bahawa jambatan yang diberi nama Jambatan Darul Hana itu melambangk­an kepelbagai­an budaya dan keunikan Kuching yang diiktiraf sebagai Bandar Raya Perpaduan.

“Dengan perasmian jambatan ikonik baharu di bandar raya Kuching ini, saya memberi nama jambatan ini sebagai Jambatan Darul Hana.

“Darul Hana ini bermaksud tempat atau kawasan kediaman yang aman dan harmoni,” katanya pada majlis perasmian jambatan itu yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di Tebingan Kuching malam kelmarin.

Hadir sama Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Timbakan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang dan tetamu kehormat lain.

Lebih istimewa tarikh 11 November dan jam 11.11.11 malam dipilih waktu bersejarah bagi Jambatan Darul Hana yang kini menjadi satu lagi mercu tanda baharu di bandar raya ini.

Dengan rasminya Jambatan Darul Hana itu, Tun Taib yakin ia akan melonjakka­n nama Kuching dan menyerlahk­an perwatakan­nya sebagai bandar raya yang mesra.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada sesiapa yang telah menyumbang kepada pembanguna­n jambatan ini

Dengan perasmian jambatan ikonik baharu di bandar raya Kuching ini, saya memberi nama jambatan ini sebagai Jambatan Darul Hana. Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Yang di-Pertua Negeri

dan telah mencurahka­n segala kepandaian mereka untuk mencapai konsep yang telah diminta kerajaan supaya menjadi jambatan yang menjadi kebanggaan kita bersama.

“Kita tahu Kuching tidak akan lengkap kerana kecantikan bahagian utara dan selatannya yang dipisahkan dengan Sungai Sarawak seharusnya dapat dinikmati secara bersama,” tambahnya.

Terdahulu, Abang Johari dalam ucapannya berkata, jambatan pejalan kaki yang menghubung­kan Kuching Utara dan Kuching Selatan itu memiliki reka bentuk istimewa dengan elemen tradisi dan moden, termasuk dua tiang yang mempunyai simbol burung kenyalang.

“Ia adalah lambang Sarawak, di mana rakyatnya yang berbilang kaum dan budaya hidup bersatu.

“Sudah pastinya jambatan baharu ini akan menjadi ‘Halaman Heritage Trail’ kepada mereka yang datang ke sini,” katanya.

Jambatan yang menelan kos RM35 juta itu, berbentuk bengkok ‘S’ dengan lantai sepanjang 335 meter, disokong oleh dua kabel setinggi 45 meter dari menara keluli dengan kecondonga­n 48 darjah merentangi Sungai Sarawak.

“Kedudukann­ya yang strategik berlatarka­n bangunan Astana Negeri dan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pastinya bakal menjadi tumpuan ramai untuk mengabadik­an momen menarik di situ,” jelas Abang Johari.

Menurutnya, tanggungja­wab pelaksanaa­n projek ini diserahkan kepada Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) manakala kontraktor pembinaann­ya dilaksanak­an secara konsortium oleh PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd dan Naim Land Sdn Bhd.

Reka bentuknya yang lengkap dengan dua ruang tinjau pula merupakan cetusan ilham KTA (Sarawak) Sdn Bhd dengan sentuhan akhir, dilengkapi sistem pencahayaa­n LED.

 ??  ?? DETIK BERSEJARAH: Waktu 11:11:11 pada 11 November dipilih sebagai hari rasminya Jambatan Darul Hana, Tebingan Kuching.
DETIK BERSEJARAH: Waktu 11:11:11 pada 11 November dipilih sebagai hari rasminya Jambatan Darul Hana, Tebingan Kuching.
 ??  ?? ACARA RASMI: Tun Taib ditemani Toh Puan Ragad, Abang Johari, Juma’ani, Awang Tengah, Asfia dan tetamu kehormat lain berdiri menyanyika­n lagu kebangsaan.
ACARA RASMI: Tun Taib ditemani Toh Puan Ragad, Abang Johari, Juma’ani, Awang Tengah, Asfia dan tetamu kehormat lain berdiri menyanyika­n lagu kebangsaan.
 ??  ?? MERCU BAHARU KUCHING: Jambatan ikonik di Tebingan Kuching diberi nama Jambatan Darul Hana.
MERCU BAHARU KUCHING: Jambatan ikonik di Tebingan Kuching diberi nama Jambatan Darul Hana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia