Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkatkan tahap keselamata­n di Jambatan Darul Hana

-

KUCHING: Warga bandar raya ini melahirkan rasa bangga dengan terbinanya jambatan ikonik baharu di Tebingan Kuching, Jambatan Darul Hana.

Sehubungan itu, Ketua Kaum Kampung Sungai Periuk Norhidayat Abdullah menggesa agar tahap keselamata­n pengguna di jambatan tersebut dipertingk­atkan.

Jelasnya, perkara itu penting bagi menjamin keselamata­n pengunjung terutama pelancong asing yang datang ke negeri ini.

“Sebagai warga Kuching, saya bangga melihat keunikan dan kecantikan jambatan baharu ini yang memberi wajah baharu di bandar raya ini.

“Saya yakin ia akan menjadi kawasan tumpuan ramai termasuk pelancong asing untuk melihat dan merasai sendiri berjalan di atas jambatan unik ini dan sudah tentu semua ini memerlukan tahap keselamata­n agar tidak terjadi insiden yang tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Jambatan Darul Hana yang disempurna­kan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di Tebingan Kuching malam kelmarin.

Malah, Norhidayat berkata keselamata­n di jambatan itu penting bagi mengelak gejala vandelisme berlaku di jambatan tersebut selain kes jenayah lain.

“Saya berharap warga Kuching lain terutama anak-anak muda bersama-sama menjaga keindahan dan kecantikan jambatan yang menjadi mercu tanda baharu di kawasan ini sebaik-baiknya,” tambahnya.

Pembukaan jambatan berkenaan turut mendapat reaksi positif daripada Penghulu Kampung Sungai Bedil Besar Morni Abon yang bangga melihat jambatan baharu itu megah berdiri di situ.

“Ini bakal menjadi satu lagi mercu dan tarikan tambahan baharu di Kuching.

“Dengan struktur yang cantik dan menarik serta dihiasi pelbagai jenis warna lampu, sudah pastinya ia merupakan lokasi mesti dikunjungi untuk merakam detik kenangan ketika melawat di sini,” katanya ketika ditemui.

Perasaan yang sama turut diluahkan Ketua Kaum Kampung Bintawa Ulu Ashmat Lamat yang memberitah­u, memang sudah menjadi impiannya untuk melihat kawasan seberang Kuching dihubungka­n dengan jambatan seumpama itu.

“Satu kebanggaan bagi kami penduduk di Kuching, kalau kita lihat jambatan ini, hanya kita di Kuching sahaja ada jambatan seperti ini.

“Dan kita tidak menyangka akan wujud jambatan di Tebingan Kuching ini,” kata mereka.

Justeru, beliau turut berharap warga Kuching menjaga jambatan tersebut sebaikbaik­nya.

 ??  ?? ASHMAT LAMAT
ASHMAT LAMAT
 ??  ?? NORHIDAYAT ABDULLAH
NORHIDAYAT ABDULLAH
 ??  ?? MORNI ABON
MORNI ABON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia