Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan komited sasar 100 peratus enrolmen kanak-kanak prasekolah menjelang 2020

-

KUCHING: K e r a j a a n menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 komited menyasarka­n 100 peratus kadar enrolmen kanak-kanak prasekolah menjelang 2020 di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata demikian sambil menambah pada tahun lalu, enrolmen prasekolah telah mencapai kadar 84.2 peratus.

“Di peringkat negeri pula, Majlis Pembanguna­n Pendidikan Awal Kanak-Kanak (MPAKS) ditubuhkan Jun lalu, seramai 81,773 kanakkanak berusia antara 4 hingga 6 tahun mendapat pendidikan awal di Sarawak.

“Di Parlimen Batang Sadong, program pembanguna­n modal insan dalam sektor pendidikan turut diletakkan sebagai keutamaan kepada program-program yang bertujuan memartabat­kan pendidikan awal kanak-kanak,” katanya pada Majlis Konvokesye­n Mini Kanak-Kanak Tabika/Taska KEMAS Parlimen Batang Sadong di sini semalam.

Tahun ini sahaja menurut Nancy, kerajaan telah membelanja­kan sebanyak RM1.096 juta untuk menjayakan sejumlah 67 program atau projek melibatkan sektor pendidikan di seluruh negeri.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong mahu warga pendidik prasekolah berfikiran kritis dan kreatif sewaktu mengendali­kan pengajaran dan pembelajar­an kanakkanak.

Guru perlu kreatif dalam memberi tunjuk ajar kepada kanak- kanak prasekolah tadika agar pendidikan awal kanak- kanak dapat dipelbagai­kan selain mengenal pasti bakat berbeza yang dimiliki kanak- kanak, tegasnya.

“Dengan berfikir di luar kotak tentang pendekatan pengajaran, ia secara tidak langsung meningkatk­an kreativiti kanak-kanak sekali gus menarik minat mereka mempelajar­i sesuatu yang baharu setiap hari.

“Ibu bapa juga harus terus meningkatk­an peranan dalam menggalakk­an anak- anak mereka mengembang­kan potensi dan bakat masingmasi­ng,” tambahnya.

Semalam seramai 162 kanak- kanak daripada 29 tadika dan lima Taska KEMAS di Parlimen Batang Sadong menerima sijil serentak.

Turut hadir Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong Datuk Mohd Naroden Majais serta ADUN Simunjan Awla Dris.

 ??  ?? KENANGAN: Nancy (empat kiri) bergambar bersama salah seorang penerima skrol pada Majlis Konvokesye­n Mini Kanak-Kanak Tabika/Taska KEMAS Parlimen Batang Sadong semalam.
KENANGAN: Nancy (empat kiri) bergambar bersama salah seorang penerima skrol pada Majlis Konvokesye­n Mini Kanak-Kanak Tabika/Taska KEMAS Parlimen Batang Sadong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia