Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli AIM miliki rekod cemerlang bayar balik pinjaman: Hasbi

-

LIMBANG: Ahli Amanah Ikhtiar Malaysia ( AIM) mempunyai rekod pembayaran cemerlang dalam pembiayaan pinjaman di seluruh negara.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata sebanyak RM200 juta diperuntuk­kan dalam Bajet 2018 lepas kepada AIM.

Katanya kerajaan sentiasa menambah peruntukan untuk usahawan wanita mengembang­kan perniagaan melalui AIM.

“Pinjaman yang disediakan AIM perlu dibayar balik. Setakat ini ahli AIM mempunyai rekod cemerlang dalam pembayaran pinjaman dan pembiayaan,” katanya pada Karnival Mini Hari Wanita Blok Tedungan di Dewan Meritam semalam.

Turut hadir Pengurus AIM Wilayah Sarawak Utara Suharno Ali, Pen- gurus AIM Cawangan Limbang Bakri Masli dan Pengerusi Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar (KUSIL) Limbang Niti Rosli.

Hasbi turut memuji usaha kaum wanita yang berusaha menjadi usahawan berjaya sekali gus meningkatk­an taraf ekonomi mereka.

Katanya AIM Limbang perlu mengadakan taklimat bersama wakil rakyat untuk mengetahui perkembang­an dan input terhadap kemajuan perniagaan yang dijalankan usahawan wanita di daerah ini.

Katanya maklumat itu penting bagi memudahkan pihaknya memberi idea dan cadangan mengenai jenis perniagaan yang dijalankan di sini.

Pada masa sama katanya, bilangan ahli AIM Limbang yang setakat ini mencecah 1,380 perlu ditambah jumlahnya pada masa akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia