Utusan Borneo (Sarawak)

Inovasi penghasila­n simenfero bantu jana pendapatan belia

-

BETONG: Inovasi dalam penghasila­n produk simenfero dapat menambah pendapatan belia malah memberi keuntungan jika diusaha dengan bersungguh-sungguh termasuk direka dalam pelbagai bentuk menarik minat pengguna.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu menyeru belia membangunk­an usaha masingmasi­ng dalam menambah ilmu dan pengetahua­n dalam bidang perusahaan yang menguntung­kan dan menjana pendapatan diri dan keluarga.

“Kerajaan sentiasa menyediaka­n peluang kepada belia melengkapk­an diri dengan ilmu yang boleh dimanfaat untuk kesenangan diri dan masyarakat sekeliling.

“Justeru, Unit Perancanga­n Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri menerusi Politeknik Metro Betong Sarawak (PMBS) yang berkemahir­an tinggi dan khusus dalam simenfero menyediaka­n kursus belia terpilih menyertai program yang direncana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup rasmi program Touch Point 2017 @ PMBS yang berlangsun­g dekat situ semalam.

Tambahnya belia perlu proaktif dalam menghasilk­an sesuatu termasuk mencari modal untuk memulakan perusahaan dan mengembang­kan produk yang diiktiraf.

“Bagi yang sukar untuk memperoleh­i dana, mungkin boleh dibangunka­n secara berkumpula­n dalam kampung atau rumah panjang dan memasarkan produk menerusi media sosial yang diiktiraf pada masa kini dalam era digital,” ujarnya.

Dalam perkembang­an yang sama Rentap turut menyaranka­n kepada belia di Betong untuk mencuba membangunk­an Uber di kawasan Betong yang berpotensi besar untuk menjana pendapatan kerana pada masa ini ia belum nampak lagi diusahakan di sini,” katanya.

Seramai 40 belia dari kawasan Parlimen Batang Lupar, Saratok dan Betong menyertai Kursus Simenfero(Masonry) yang dianjurkan selama tiga hari, bermula 10 November dan berakhir semalam.

Turut hadir Pengarah PMBS Chow Tio Kiong, Pegawai Belia dan Sukan Betong Israk Ismail, Pengarah Kolej Komuniti Betong Titu Raymond Jayim Sidet dan pengerusi program Zamre Abdul Rahman.

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Rentap bergambar bersama peserta kursus simenfero yang berlangsun­g di PMBS dan berakhir semalam.
UNTUK ALBUM: Rentap bergambar bersama peserta kursus simenfero yang berlangsun­g di PMBS dan berakhir semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia