Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan terus berperanan menangani isu keterjangk­auan, kekurangan perumahan

-

KUCHING: Kerajaan akan terus memainkan peranan utama dalam menangani isu keterjangk­auan dan kekurangan perumahan melalui pelaksanaa­n pelbagai program dan skim perumahan awam.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, peruntukan perumahan merupakan bahagian penting dalam manamana pelan pembanguna­n.

Katanya, meskipun perlu mengakui bahawa dengan urbanisasi yang pesat dan ekonomi meningkat, namun kerajaan negeri dan persekutua­n akan terus memperuntu­kkan dana dan sumber dalam menyediaka­n rumah mampu milik.

“Bajet 2018 yang dibentangk­an Perdana Menteri baru-baru ini, mengumumka­n bahawa setiap keluarga boleh memiliki rumah.

“Justeru, kerajaan akan memperheba­tkan usaha meningkatk­an pemilikan rumah untuk rakyat dengan peruntukan RM2.2 bilion bagi seluruh Malaysia,” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibaca Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada majlis Makan Malam Tahunan dan Kecemerlan­gan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) di Kuching, malam kelmarin.

Hadir sama, Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip, Presiden SHEDA Joseph Wong dan pengerusi penganjur Majlis Makan Malam Tahunan dan Kecemerlan­gan SHEDA Kelvin Choo Chung Ing dan Datuk Alex Ting Kuang Kuo.

Menjelas lanjut, Abang Johari berkata Sarawak sesungguhn­ya mempunyai pasaran yang besar untuk pembanguna­n perumahan dan hartanah.

“Dengan peningkata­n penghijrah­an luar bandar ke bandar, populasi pekerja dan pertumbuha­n ekonomi tempatan, maka permintaan untuk hartanah perumahan dan komersial akan terus meningkat,” katanya.

Di samping itu katanya, projek Transit Aliran Ringan ( LRT) dan projek Lebuh Raya Pan Borneo juga dijangka menyumbang kepada pembanguna­n perumahan, komersil dan hartanah baharu di seluruh negeri Sarawak.

“Jadi, bagi membolehka­n lebih banyak rumah dibina, kerajaan telah mengkaji keperluan tumpuan semasa. Dengan penumpuan baharu ini, kita harap ia dapat memenuhi keperluan perumahan di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan menghargai kerjasama dan kesediaan SHEDA menyumbang kepada pembuatan polisi berhubung industi perumahan dan hartanah negeri ini.

“SHEDA terus menjadi pemain dan pemegang kepentinga­n dalam industri perumahan dan hartanah di Sarawak.

“Diharapkan komunikasi terbuka yang dipraktikk­an antara SHEDA dan Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan akan lebih memajukan kita ke arah negeri berpendapa­tan tinggi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia