Utusan Borneo (Sarawak)

Masih tunggu keputusan cadangan layanan sama rata skim rumah mampu milik PR1MA

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) masih menunggu keputusan Unit Perancanga­n Negeri berhubung cadangan layanan sama rata skim rumah mampu milik Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) kepada ahli persatuan itu.

Presiden SHEDA Joseph Wong berkata, ia berikutan perbincang­an yang telah diadakan oleh pihaknya dengan kerajaan negeri pada sesi makmal 4 Ogos tahun ini.

“Semasa sesi makmal itu, kita (SHEDA) telah diberi peluang untuk menjelaska­n dan memberi maklum balas kepada kementeria­n berhubung cadangan terbabit dan kini, kita sedang menunggu kelulusan daripada Unit Perancanga­n Negeri.

“Sekiraya, cadangan ini diluluskan, maka kita akan komited membina 20,000 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan harga jualan di antara RM250,000 hingga RM300,000 dalam tempoh lima tahun akan datang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan dan Kecemerlan­gan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) yang disempurna­kan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada majlis yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Borneo Kuching ( BCCK) di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Menteri di

Semasa sesi makmal itu, kita (SHEDA) telah diberi peluang untuk menjelaska­n dan memberi maklum balas kepada kementeria­n berhubung cadangan terbabit dan kini, kita sedang menunggu kelulusan daripada Unit Perancanga­n Negeri. Joseph Wong Presiden SHEDA

Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip dan pengerusi penganjur Majlis Makan Malam Tahunan dan Kecemerlan­gan SHEDA Kelvin Choo Chung Ing dan Datuk Alex Ting Kuang Kuo.

Jason berkata, sebagai pemaju swasta di negeri ini, pihaknya mahu diberi layanan sama rata dengan pemaju PR1MA.

“Kita percaya bahawa semua pemaju sama ada PR1MA atau bukan PR1MA perlu diberi layanan sama rata kerana ahli SHEDA dapat menyediaka­n rumah mampu milik tanpa bantuan subsidi kerajaan.

“Melalui layanan sama rata ini akan menggalakk­an per- saingan yang sihat sekali gus dapat menyumbang kepada peningkata­n penawaran kepada pasaran hartanah Sarawak,” katanya.

Menurutnya, beliau diberitahu bahawa Ketua Menteri telah mengarahka­n Unit Perancanga­n Negeri untuk memaklumka­n SHEDA, harga syiling bagi cadangan rumah mampu milik mereka tidak boleh dijual lebih daripada RM300,000 seunit.

Katanya pada tahun lalu, PR1MA melancarka­n 13 projek dengan jumlah keseluruha­n 16,787 rumah di seluruh Sarawak dengan harga jualan yang dihadkan pada RM400,000 seunit.

Bagaimanap­un katanya, SHEDA tidak membantah harga siling sebanyak RM300,000 untuk cadangan layanan sama rata skim perumahan mampu milik PR1MA tetapi kita mahu pemaju PR1MA bersetuju menjual rumah mampu milik mereka pada harga siling yang sama, “katanya.

Majlis itu menyaksika­n Uggah menyampaik­an tiga anugerah kepada Datuk Chew Chiaw Han daripada Ibraco Berhad sebagai penerima Anugerah ‘SHEDA Property Man of the Year 2017’.

Sementara Anugerah Merit untuk Landed Developmen­t (Residentia­l)-Rivervale Residences, Kuching kepada CMS Property Sdn Bhd yang diwakili Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Eksekutif Operasinya Vincent Kueh Hoi Chuang.

Bagi Anugerah Commendati­on for Commercial (Shophouses)-Sapphire East, Sibu jatuh kepada Distrepark Sdn Bhd yang diwakili Pengarahny­a Mohamed Fadzil Abdul Hamid.

 ??  ?? TAHNIAH: Uggah bersama Jason merakam kenangan bersama sebahagian ahli SHEDA dan pemenang pada Majlis Makan Malam Tahunan dan Kecemerlan­gan SHEDA 2017 di BCCK, Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan Kelvin dan Alex.
TAHNIAH: Uggah bersama Jason merakam kenangan bersama sebahagian ahli SHEDA dan pemenang pada Majlis Makan Malam Tahunan dan Kecemerlan­gan SHEDA 2017 di BCCK, Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan Kelvin dan Alex.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia