Utusan Borneo (Sarawak)

Henry Jugah kekal menerajui Pergerakan Pemuda PBB Maong

-

SIBU: Henry Jugah kekal memegang jawatan ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Maong Jalan Kanowit-Durin.

Pemilihan Pergerakan Pemuda PBB Ranting Maong Jalan Kanowit- Durin Sesi 2017 hingga 2020 di Dewan Nanga Machan semalam berjalan lancar.

Mesyuarat tersebut diselarask­an oleh Exco Pemuda PBB Cawangan Machan Robin Peter.

Pemilihan kali ini menyaksika­n Henry menang tanpa bertanding selama tiga tahun berturut-turut sebagai ketua Pergerakan Pemuda PBB Ranting Maong Jalan Kanowit-Durin.

Sementara itu, Raymond Dungat dilantik sebagai naib ketua, setiausaha disandang Douglas Dan dan Maling Nyapang dipilih memegang jawatan bendahari.

Jawatankua­sa dipilih terdiri daripada Awan Jantieng, Sadam Nyanggau, Francis Peter, Ramblie Dungat dan Nelson Ngong.

Manakala jawatankua­sa dilantik pula ialah Johnny Edwin Muyan dan Harry Jaraw.

Dalam ucapannya, Henry mengucapka­n terima kasih kerana sekali lagi diberi kepercayaa­n memegang jawatan tersebut.

“Tahniah dan syabas kepada semua yang dipilih. Kami akan terus membantu PBB Ranting Maong menjalanka­n aktiviti dan program yang dirancang.

“Pemuda PBB Ranting Maong akan berdiri teguh bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Allan Siden Gramong yang berjiwa rakyat,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia