Utusan Borneo (Sarawak)

Orang Ulu perlu memberi masa kepada kerajaan menguruska­n perkara berkaitan tanah

-

KUCHING: Masyarakat Orang Ulu dinasihati menyokong pasukan petugas diwujudkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg, yang dipimpin Timbalanny­a Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, komuniti tersebut perlu memberi masa kepada kerajaan untuk menguruska­n perkara- perkara berkaitan tanah mereka.

“Kita masyarakat Orang Ulu hendaklah menyokong jawatankua­sa, the task force (pasukan petugas) yang telah diwujudkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg yang dipimpin oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Sabar sedikit, berikan masa kepada mereka untuk mengatur perkara berkenaan tanah kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Insentif Pelajar Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak (PKKS) Cawangan Kuching di Dewan Ibu Pejabat DBNA di sini, kelmarin.

Dennis yang juga presiden Persatuan Kebangsaan Kayan Sarawak serta Naib Presiden FORUM Sarawak turut berbesar hati kerana PKKS Kuching dan Pergerakan Wanita PKKS berjaya mengadakan majlis makan malam seumpama itu buat kali kelapan yang dihadiri ramai komuniti Kenyah.

Beliau turut menyeru agar komuniti Kenyah terus menyokong persatuan yang merupakan sebahagian daripada penggerak komuniti.

“Kita ada kerajaan, pemimpin, komuniti, persatuan dan gereja. Jika semua bergerak sehaluan, mereka dapat memajukan diri kita. Oleh itu, teruskan persatuan kamu dan kendalikan persatuan kamu dengan sebaikbaik­nya,” katanya.

Beliau menasihati murid yang menerima insentif agar melihatnya sebagai pem- beri dorongan serta semangat manakala yang belum menerima, terus memiliki semangat untuk belajar bagi mendapatka­n insentif pada tahun depan.

“Orang Ulu mesti sentiasa peka, mesti sentiasa mengetahui apakah yang berlaku di sekeliling mereka. Kikiskan sikap merendah diri, suka mengatakan diri kita mundur dan miskin. Tuhan beri kita keupayaan yang sama dengan orang lain, juga orang Barat.

“Mereka dapat pergi ke bulan bukan kerana mereka adalah orang Barat tetapi apa yang mereka masukkan ke dalam otak mereka.

“Oleh itu, ikutlah orang yang sudah berjaya dan jangan leka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah,” katanya.

Dennis turut merakamkan penghargaa­n kepada kerajaan negeri, bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem dan Abang Johari kerana memperuntu­kkan tanah untuk Orang Ulu.

“Arwah Tok Nan telah me- luluskan sebidang tanah kepada Orang Ulu atau FORUM di Permyjaya, Tudan di Miri. Oleh kerana kawasan tersebut tidak ada akses jalan, maka usaha kita untuk memajukan kawasan itu adalah susah.

“Baru- baru ini Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg telah meluluskan sebidang tanah di Miri ByPass, seberang Eastwood Valley dan Kelab Golf Miri, untuk kita membina dewan, sembilan pejabat untuk persatuan yang menganggot­ai FORUM,” katanya.

Beliau pada masa sama turut menyeru masyarakat Orang Ulu yang menetap di bandar raya ini untuk tidak bersikap ‘ kacang lupakan kulit’.

“Saya tahu, ramai Orang Ulu yang sudah menetap di Kuching. Kalau ada masa, saya merayu supaya kamu tolong balik ke kampung sekurang-kurangnya sekali setahun lebih- lebih lagi mereka yang ada anak supaya mereka melihat nenek-nenek mereka di kampung dan melihat buah-buah mereka di kampung.

“Saya tahu kamu sudah ada kerja di bandar tetapi tolonglah berusaha balik ke kampung. Gunakanlah kepakaran kamu, kewangan kamu untuk membangunk­an tanah keluarga kamu di kampung,” katanya.

Turut hadir bekas Ahli Parlimen Baram Datuk Jacob Dungau Sagan, Pengerusi PKKS Cawangan Kuching Lukas Kallang, Pengerusi Persatuan Lun Bawang Sarawak Charles dan Pengerusi Pergerakan Wanita PKKS Caterine Tipong.

 ??  ?? CEMERLANG: Ugak (empat kiri) menyampaik­an insentif pendidikan kepada salah seorang pelajar kaum Penan yang memperoleh kecemerlan­gan akademik.
CEMERLANG: Ugak (empat kiri) menyampaik­an insentif pendidikan kepada salah seorang pelajar kaum Penan yang memperoleh kecemerlan­gan akademik.
 ??  ?? KENANGAN: Dennis merakam kenangan bersama penerima pada Majlis Makan Malam Insentif Pelajar Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak (PKKS) Cawangan Kuching, kelmarin.
KENANGAN: Dennis merakam kenangan bersama penerima pada Majlis Makan Malam Insentif Pelajar Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak (PKKS) Cawangan Kuching, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia