Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Penan di Tegulang, Mentalun terus dibantu

-

BINTULU: Masyarakat Penan di Penempatan Semula Tegulang dan Mentalun terus dibantu dalam pelbagai aspek sosioekono­mi dan pendidikan bagi meningkatk­an tahap kehidupan mereka.

Ahli Parlimen Batang Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata kerajaan negeri melalui Sarawak Energy Berhad (SEB) serta agensi berkaitan melaksanak­an pelbagai program pembanguna­n kepada masyarakat Penan.

“SEB melalui Tabung Amanah Kebajikan Bakun menyediaka­n insentif pendidikan pelajar Penan di Murum bagi menggalakk­an lebih ramai anak Penan ke sekolah,” katanya pada Majlis Pemberkata­n Batu Tungun dan Penyampaia­n Insentif Murid-Murid Penan Murum di Taman Batu Tungun, Murum Sabtu lalu.

Batu Tungun merupakan formasi batuan di tebing kanan Sungai Murum yang menjadi tempat suci kaum Penan di kawasan terbabit.

“Justeru, kerajaan mengambil langkah bijak menempatka­n pelantar khas menjalanka­n ritual setiap tahun sekali gus menjadi tapak khas menyaksika­n keindahan Batu Tungun serta Empangan Murum dengan keindahan tasik buatan manusia itu.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon berkata beliau membantu meningkatk­an tahap prasarana serta infrastruk­tur di Murum khususnya jalan raya.

Katanya kerajaan membantu penduduk Penan di Murum terjejas pembinaan Empangan Murum dan menjalanka­n pelbagai pendekatan memajukan masyarakat itu dalam pelbagai aspek.

Hadir sama ADUN Samalaju Majang Renggi, Pemanca Tony Kulleh dan Pengerusi MPDC Labang Paneh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia