Utusan Borneo (Sarawak)

Gelanggang sepak takraw Piasau Utara bakal dinaik taraf

-

MIRI: Gelanggang sepak takraw Kampung Piasau Utara bakal dinaik taraf secara berperingk­at untuk dijadikan pusat aktiviti belia bersukan dan sebagainya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau Datuk Sebastian Ting berkata ketika ini gelanggang berkenaan hanya mempunyai dua gelanggang futsal dan sepak takraw.

“Penduduk memohon untuk menambah satu lagi gelanggang bola keranjang memandangk­an masih terdapat tanah lapang berhampira­n gelanggang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Kesukarela­an Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di Kampung Piasau Utara semalam.

Sebastian berkata pada fasa pertama, cadangan menambah gelanggang baharu itu akan dikemuka kepada kerajaan negeri bagi mendapatka­n peruntukan dana.

Seterusnya membina bumbung di gelanggang berkenaan dengan dilengkapi lampu agar ia dapat digunakan penduduk kampung untuk mengadakan aktiviti pada waktu malam.

“Kita melihat gelanggang ini sudah beberapa tahun tidak digunakan sedangkan ia adalah kemudahan yang perlu dimanfaatk­an belia untuk bersukan dan sebagainya.

“Hari ini kerja gotong-royong telah dilakukan pelatih IKBN Miri untuk membersihk­an pekarangan dan persekitar­an gelanggang ini agar ia kembali ceria,” katanya.

Sebastian juga memuji program yang dilaksanak­an di bawah kelolaan ILKBS dengan melibatkan pelatih menerusi kerja-kerja komuniti secara sukarelawa­n.

Ia sekurang-kurangnya dapat memasyarak­atkan pelatih IKBN agar mereka dapat mengeratka­n hubungan dan komunikasi dengan komuniti setempat.

Turut hadir Ketua Kaum Kampung Piasau Utara Hipni Sulong, Pensyarah IKBN Miri Dennis Dempi serta pelajar dan penduduk kampung.

 ??  ?? GOTONG-ROYONG: Sebastian (dua kanan) membersihk­an gelanggang sepak takraw bersama pelatih IKBN dan penduduk kampong pada Program Kesukarela­an ILKBS di Kampung Piasau Utara semalam.
GOTONG-ROYONG: Sebastian (dua kanan) membersihk­an gelanggang sepak takraw bersama pelatih IKBN dan penduduk kampong pada Program Kesukarela­an ILKBS di Kampung Piasau Utara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia