Utusan Borneo (Sarawak)

Politeknik pelawa individu dalam industri jadi pensyarah Bidang kritikal memerlukan tenaga kerja yang berkemahir­an tinggi

-

DUNGUN: Jabatan Pendidikan Politeknik ( JPP) mempelawa mereka yang berpengala­man dalam pelbagai industri menjadi tenaga pengajar atau pensyarah politeknik terutama dalam bidang-bidang kritikal yang memerlukan tenaga kerja yang berkemahir­an tinggi.

Pengarah Bahagian Kecemerlan­gan Profesiona­l JPP Mohamad Amin Hamat berkata, ketika ini JPP telah mewar-warkan kepada mereka yang ingin menyertai kerjaya di politeknik terutama dalam bidang-bidang seperti perkapalan, penerbanga­n dan bidang-bidang baru yang akan diperkenal­kan dari semasa ke semasa.

“Ketika ini politeknik telah mengambil dua orang pensyarah industri dalam bidang marin dan pengendali pesawat yang mempunyai pengalaman yang luas.

“Kelayakan akademik memang merupakan asas, tetapi dengan pengalaman yang mereka ada dalam bidang masing-masing, setelah mereka dinilai maka mereka diberi terus ke mata gaji gred 48,” katanya.

Mohamad Amin berkata, menjadi KPI Politeknik pensyarahn­ya hendaklah mempunyai pengalaman dalam industri dan kini terdapat 30 peratus pensyarahn­ya mempunyai pengalaman di industri dan ia akan dipertingk­atkan dari semasa ke semasa.

Katanya, pengalaman seorang individu penting kerana industri memberi komitmen dalam pelaksanaa­n program politeknik khususnya mem- bantu penyediaan kurikulum selaras dengan keperluan industri.

Beliau berkata, ketika ini politeknik mempunyai lebih 15,000 rakan industri di seluruh negara yang memberi komitmen dalam melaksanak­an program politeknik.

Sementara itu Mohamad Amin berkata, Politeknik dan Kolej komuniti merupakan peneraju dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) negara.

Beliau berkata, Politeknik sudah mengeluark­an lebih 500,000 alumni mana- kala Kolej Komuniti seramai 150,000 alumni selain mereka yang melanjutka­n pelajaran sepanjang hayat yang berjumlah lebih dua juta.

Mohamad Amin berkata, dalam konteks membekalka­n sumber tenaga kerja pula, TVET merupakan penyumbang terbesar dan yakin perkara ini akan diberi perhatian.

“Kepentinga­n dan keperluan TVET kepada negara semakin penting dan kita mahu meletakkan Politeknik dan Kolej Komuniti, bukan lagi sebagai pilihan kedua kepada pelajar yang ingin melanjut pelajaran, tetapi ia merupakan pilihan pertama yang boleh memberi jaminan masa depan,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini terdapat 100,000 pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang pengajian kemahiran di Politeknik dan ia akan bertambah kepada 150,000 tidak lama lagi dengan pengambila­n pelajar dibuat dua kali setahun. — Bernama

Kelayakan akademik memang merupakan asas, tetapi dengan pengalaman yang mereka ada dalam bidang masing-masing, setelah mereka dinilai maka mereka diberi terus ke mata gaji gred 48. Mohamad Amin Hamat Pengarah Bahagian Kecemerlan­gan Profesiona­l JPP

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Dr S. Subramania­m melawat klinik gigi bergerak selepas merasmikan ‘Kem Nak Sihat’ di pekarangan Klinik Kesihatan Kota Damansara, Petaling Jaya semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Dr S. Subramania­m melawat klinik gigi bergerak selepas merasmikan ‘Kem Nak Sihat’ di pekarangan Klinik Kesihatan Kota Damansara, Petaling Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia