Utusan Borneo (Sarawak)

Larangan bertudung bagi wanita di barisan depan perlu diteliti

-

KUANTAN: Polisi larangan bertudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan depan sektor perhotelan mungkin perlu diteliti bagi memastikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat, kata Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Ketua Puteri UMNO itu juga berpandang­an isu tersebut tidak sepatutnya timbul memandangk­an Perlembaga­an Persekutua­n jelas menyatakan Islam agama rasmi selain memperuntu­kkan kebebasan untuk rakyat negara ini mengamalka­n agama masing-masing.

“Perkara itu juga tidak adil bagi golongan wanita muda (yang rata-rata bertudung) dan sedang mencari pekerjaan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Puteri UMNO Cawangan-cawangan Negeri Pahang, di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Persatuan Hotel Malaysia ( MAH) yang mempertaha­nkan tindakan pengusaha hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmat­an pelanggan.

Langkah itu dikatakan sebahagian daripada polisi antarabang­sa dan bukannya diskrimina­si.

Baru- baru ini Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabang­sa Malaysia mendedahka­n ramai kakitangan hotel mengadu mengenai diskrimina­si terhadap pekerja wanita Islam dengan diarahkan menanggalk­an tudung mereka.

Sementara itu, mengulas arahan menghentik­an langganan akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia oleh kerajaan negeri Selangor, Mas Ermieyati menyifatka­nnya sebagai satu perbuatan yang jumud dan mencermink­an ketidakmat­angan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar.

“Kedua- dua akhbar ini bukan sahaja mengeluark­an berita tentang politik tetapi perkembang­an semasa bukan sahaja di dalam tetapi juga luar negara… saya harap beliau dapat mempertimb­angkan soal ini kembali kerana jika ia dihentikan, ia akan beri kesan kepada percetakan kedua-dua akhbar dan kakitangan­nya.

“Seperti mana yang kita tahu percetakan akhbar kini mengalami kemerosota­n berikutan era digital dan apabila tidak ada pembelian, ia akan beri kesan kepada prestasi jualan akhbar itu sendiri. Jadi kita berharap Azmin akan berfikir mengikut akal fikiran dan bukannya mengikut hati,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia