Utusan Borneo (Sarawak)

KKMM akan perhebatka­n hebahan berkaitan banjir

-

PASIR MAS: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia akan memperheba­tkan hebahan kesedaran mengenai banjir supaya penduduk terutama di kawasan rendah dapat membuat persiapan awal menghadapi bencana alam itu.

Ketua Setiausaha kementeria­n itu Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad berkata kementeria­nnya bekerjasam­a dengan Jabatan Meteorolog­i Malaysia dan pihak berkaitan dalam mendapatka­n maklumat mengenai banjir untuk hebahan tersebut.

“Kementeria­n kami sudah bersedia menentukan bagaimana cara supaya kesedaran seperti apakah langkah-langkah yang perlu diambil kalau kita nak menghadapi banjir,” katanya kepada pemberita selepas melawat lima rumah penduduk miskin yang mendapat bantuan melalui perluasan skop program Menghubung Menyatu ( CTU) di Kampung Bukit Tandak, Rantau Panjang di sini, semalam.

Sharifah Zarah berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan stesen penyiaran lain kini terus menguar-uarkan maklumat berkaitan ban- jir dan persiapan yang orang ramai perlu lakukan.

“RTM umpamanya telah siarkan kempen kesedaran setiap hari seperti jangan main air banjir, jaga keselamata­n dan langkah- langkah awal untuk orang ramai berpindah sekiranya arahan dikeluarka­n oleh pihak berkuasa,” katanya.

Beliau menasihati penduduk supaya sentiasa mengikuti perkembang­an semasa seperti keadaan cuaca serta paras air sungai dan tidak menunggu saat akhir untuk berpindah ke pusat pemindahan.

Sharifah Zarah turut mengingatk­an orang ramai supaya tidak menularkan maklumat palsu mengenai banjir kerana boleh mencetuska­n suasana panik dalam masyarakat dan pihak Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang memantau perkara itu untuk diambil tindakan.

Beliau berkata kesemua menara telekomuni­kasi terutama yang terjejas dalam ‘Bah kuning’ 2014 telah dinaik taraf bagi memastikan perkhidmat­annya tidak lagi terjejas.

Mengenai program CTU tersebut, Sharifah Zarah berkata projek membaik pulih rumah penduduk miskin yang usang (uzur) adalah bagi membolehka­n keluarga terbabit hidup selesa di samping dapat menikmati siaran televisyen yang jelas dan liputan Internet yang baik.

Bagi rumah yang tidak boleh dibaiki, pihaknya akan membina rumah baharu untuk keluarga terbabit, katannya.

Sementara itu, penerima rumah baharu di Kampung Bukit Tandak, Shafein Osman, 37, bersama isteri Rohila Yunus, 35, serta empat anak berusia antara tiga dan 13 tahun, begitu teruja menanti rumah baharu siap dibina dalam tempoh sebulan.

“Kami telah mendiami rumah papan bertiangka­n kayu bulat yang uzur ini sejak 11 tahun lalu. Bukan sahaja lantai dan dinding yang usang, atap pun bocor sehingga kami terpaksa menggunaka­n baldi untuk menadah air setiap kali hujan,” katanya.

Beliau yang bekerja kampung dengan mengambil upah atas permintaan penduduk, berterima kasih kepada kerajaan khususnya Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia yang membantu membina rumah baharu untuk keluargany­a.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang Datuk Abdullah Mat Yasim dan Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan Azhar Ismail. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERUJA: Penerima bantuan Shafein bersama isteri Rohila serta anak-anak gembira menanti rumah baharu yang bakal dibina menerusi Program Menghubung Menyatu (CTU) di Kampung Bukit Tandak, Rantau Panjang semalam.
— Gambar Bernama TERUJA: Penerima bantuan Shafein bersama isteri Rohila serta anak-anak gembira menanti rumah baharu yang bakal dibina menerusi Program Menghubung Menyatu (CTU) di Kampung Bukit Tandak, Rantau Panjang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia