Utusan Borneo (Sarawak)

Henti debat isu guru tidak berkualiti di Sarawak: STU

-

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak ( STU) meminta orang ramai terutama warga pendidik agar tidak memperdeba­tkan isu berhubung guru tidak berkualiti di Sarawak seperti yang dilaporkan media.

Presiden STU Jisin Nyud berkata menteri yang mengeluark­an kenyataan tersebut tidak bermaksud sedemikian tetapi beliau percaya maksud sebenarnya adalah Sarawak memerlukan lebih banyak guru berkualiti dan bukannya Sarawak tidak mempunyai guru berkualiti.

“Saya menerima banyak pesanan berhubung ketidakpua­san hati guru dan orang awam terhadap kenyataan mengenai kualiti guru di Sarawak.

“Semua komen mereka terutama ahli STU menunjukka­n bahawa mereka tidak gembira dan terluka dengan kenyataan tersebut.

“Tetapi sebagai bekas guru, pengetua dan pensyarah di institusi perguruan, apa yang dipaparkan di akhbar adalah bertentang­an.

“Apa pun, ia bukan niat beliau untuk mengatakan bahawa Sarawak tidak ada guru berkualiti tetapi sepatutnya Sarawak memerlukan lebih banyak guru berkualiti.

“Jadi, apa sahaja komen dalam akhbar atau media, kita lihat ia daripada pandangan yang positif dan kita perlu bertenang kerana tiada isu seperti ini,” katanya menerusi Whatsapp semalam.

Tambah Jisin, apabila kita bercakap mengenai kualiti guru, ia adalah perkara yang diambil berat oleh STU.

Sebab itu, STU bertegas bahawa pengambila­n guru pelatih ke Institut Pendidikan Guru (IPG) atau institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu mengambil kira kualiti prestasi akademik pelajar sama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM).

Bukan sahaja sebelum mereka memasuki institusi atau universiti tetapi juga selepas bergelar graduan.

“Mengapa kualiti guru amat penting? Kerana ia adalah faktor berkaitan sekolah yang paling penting untuk mempengaru­hi pencapaian pelajar.

“Mengenai isu kualiti Sarawak, Sarawak mempunyai ramai guru berkualiti jika tidak bagaimana kita boleh mengeluark­an doktor, jurutera dan profesiona­l lain,” katanya.

 ??  ?? SUMBANGAN: Harden (empat kiri) bersama kakitangan CIMB Bank Sri Aman (lima dan enam kiri) menyampaik­an bahan binaan rumah kepada Tuai Rumah Siliver (lima kanan) sambil diperhatik­an Andar (dua kiri) serta penduduk rumah panjang terbabit.
SUMBANGAN: Harden (empat kiri) bersama kakitangan CIMB Bank Sri Aman (lima dan enam kiri) menyampaik­an bahan binaan rumah kepada Tuai Rumah Siliver (lima kanan) sambil diperhatik­an Andar (dua kiri) serta penduduk rumah panjang terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia