Utusan Borneo (Sarawak)

Pekebun diminta lapor MPB jika tanaman lada mereka sakit

-

JULAU: Pekebun lada di Pakan dan Julau diminta melaporkan kepada Jabatan Pertanian dan Lembaga Lada Malaysia (MPB) sekiranya lada yang mereka tanam didapati sakit menyebabka­n mati.

Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum berkata tindakan itu membolehka­n pihak terbabit melakukan kajian sama ada lada ditanam itu terancam akibat baja atau racun yang tidak sesuai atau ada masalah lain.

“Kita ada mendengar berita bahawa lada ditanam di Pakan dan Julau didapati sakit seterusnya mati.

“Ekoran itu, saya minta pekebun menghitung lada sakit itu seterusnya melaporkan kepada agensi terbabit,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Unjah Mani, Nanga Luau.

Menurut Salang, kerjasama semua pekebun lada amat diperlukan bagi menangani masalah itu.

Katanya, aduan pekebun lada amat penting bagi mem- bolehkan agensi terbabit menjalanka­n kajian dan siasatan.

“Jika masalah ini terus dibiarkan menyebabka­n rugi besar. Lagipun boleh menyebabka­n jangkitan mengakibat­kan lebih banyak lada mati.

“Oleh itu, agensi berkaitan memerlukan kerjasama semua agar mereka dapat menjalanka­n siasatan mengesan puncanya,” ujar beliau.

Salang berkata, Sarikei pengeluar lada terbesar di Sarawak dan tahun lalu mengeluark­an sebanyak 9,084.2 tan metrik dengan keluasan tanah 5,098 hektar.

Jumlah tersebut merangkumi Sarikei dengan 810 hektar diikuti Julau (1,934 hektar), Pakan (1,958 hektar) dan Bintangor/ Meradong (396 hektar).

Ini didedahkan Timbalan Menteri Perladanga­n dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur pada Seminar Penggredan Lada dan Penghasila­n Lada Berkualiti di Rumah Segan Jubin, Engkamop, Julau.

Bagi merangsang penanaman lada, kerajaan melalui MPB telah menyediaka­n bantaun seperti baja, benih lada, tiang lada dan ‘spiral separator’ di bawah Program Pembanguna­n Pekebun Lada.

Pada 2017, jumlah bantuan diterima Sarikei ialah RM1.5 juta bagi kebun lada 57 hektar dimiliki seramai 570 orang.

Dari jumlah itu, Julau diperuntuk­kan sejumlah RM520,000 bagi membantu 200 pekebun lada mempunyai tanah 20 hektar untuk penanaman tersebut.

Pakan turut menerima bantuan RM650,000 bagi 25 pekebun dengan mengusahak­an lada di tanah seluas 25 hektar.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Unjah (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Salang pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Unjah Mani, Nanga Luau di Julau.
CENDERAMAT­A: Unjah (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Salang pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Unjah Mani, Nanga Luau di Julau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia