Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kebakaran rumah panjang terima sumbangan

-

SRI AMAN: CIMB Bank Sri Aman menyerahka­n projek tanggungja­wab sosial korporat (CSR) berbentuk bahan binaan rumah kepada setiap ketua bilik Rumah Siliver Garit, Kampung Kenyungan, Batu Lintang Undop di sini semalam.

Jurucakapn­ya berkata, penyerahan itu bagi membantu mangsa kebakaran Rumah Siliver membangunk­an rumah panjang baharu mereka selepas ditimpa musibah awal tahun ini.

“Penyerahan projek ini merupakan salah satu tanggungja­wab sosial dan kebajikan CIMB Bank Sri Aman, selain membantu masyarakat memerlukan,” katanya.

Projek ini walaupun tidak banyak tetapi dapat meringanka­n beban mangsa kebakaran selain menambah bantuan disalurkan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan orang perseorang­an.

Majlis penyerahan disempurna­kan Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis.

Harden mengharapk­an sumbangan daripada CIMB Bank Sri Aman itu dapat digunakan penduduk rumah panjang terbabit membangunk­an semula rumah panjang mereka.

Beliau bersama Ahli Parlimen yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat menyalurka­n sejumlah peruntukan besar kepada penduduk rumah panjang itu.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman Kaunselor Andar Suntai, Ketua Pergerakan Wanita SUPP Simanggang Ling Siew Hung serta ketua-ketua masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia