Utusan Borneo (Sarawak)

Kepimpinan pertubuhan di kampung disaran anjur aktiviti belia, remaja

-

KUCHING: Kepimpinan pelbagai pertubuhan di peringkat kampung disaran menganjur bersama aktiviti belia dan remaja di tempat masingmasi­ng.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata program dianjurkan perlu mempunyai pengisian yang dapat membina jati diri belia atau golongan sasaran.

“Tumpuan aktiviti adalah untuk memastikan anak-anak muda kita mempunyai benteng jati diri agar mereka tidak terjebak dalam kegiatan tidak bermoral yang banyak dibawa ke kampung-kampung kita,” katanya semasa merasmikan Program Belia Prihatin di sini semalam.

Program itu dianjur oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bersama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Sourabaya Ulu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Ranting Sourabaya Ulu dan Surau Darul Muttaqin.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai turut menyaranka­n agar kepimpinan peringkat kampung tidak menyerahka­n sepenuhnya kepada agensiagen­si berkaitan terutama dalam aspek keselamata­n.

Kepimpinan kampung ujarnya, memainkan peranan penting bersama menjaga keselamata­n dan kesejahter­aan kampung masing-masing.

“Namun jika keadaan sudah tidak terkawal, baharulah kita memohon bantuan daripada agensi keselamata­n.

“Maklumat daripada agensi-agensi seperti PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) atau agensi-agensi lain amat penting diketahui supaya JKKK dapat membuat perancanga­n kepentinga­n keselamata­n kampung masing-masing,” katanya.

Ujarnya, keselamata­n kampung termasuk kecantikan, kesihatan dan sebagainya harus dijaga bagi memberi manfaat kepada penduduk.

“Tahniah atas penganjura­n program ini. Ia satu usaha yang baik bagi membuat persiapan menghadapi tahun 2018. Apa yang diatur hari ini adalah untuk belia-belia di sekitar kawasan ini.

“Kesempatan ini telah diambil dengan baik untuk mempelopor­i program belia sepanjang hujung tahun ini lebih-lebih lagi semasa cuti sekolah,” katanya.

Pelbagai aktiviti diadakan, iaitu senamrobik, gotongroyo­ng, ceramah keselamata­n AADK dan PDRM, dialog keselamata­n kampung serta ancaman dadah.

 ??  ?? UNTUK BELIA: Dr Abdul Rahman (barisan belakang, tujuh kiri) bergambar bersama sebahagian peserta Program Belia Prihatin.
UNTUK BELIA: Dr Abdul Rahman (barisan belakang, tujuh kiri) bergambar bersama sebahagian peserta Program Belia Prihatin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia