Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Taman Seri Setia, Tanjung Bungah tanda tangan petisyen desak k’jaan P.Pinang siasat banjir

-

GEORGE TOWN: Lebih 100 penduduk Taman Seri Setia, Tanjung Bungah di sini semalam berkumpul untuk menandatan­gani petisyen bagi mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang menyiasat kejadian banjir yang melanda kawasan itu pada awal pagi Ahad lepas.

Petisyen itu akan diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang akan menyerahka­nnya kepada Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow hari ini.

Wakil penduduk, Wong Fook Kong, 55, berkata sebelum ini kawasan itu tidak pernah dilanda banjir setinggi lebih satu meter dan ini merupakan kali pertama kawasan itu berhadapan masalah banjir yang disifatkan terburuk dalam sejarah.

“Sebelum ini kalau banjir kilat pun air naik takat paras buku lali, tak naik sampai paras dada.

Sebanyak tiga blok pangsapuri kos rendah di taman ini yang terjejas banjir yang mana rumah di aras bawah dimasuki air banjir.

Air banjir itu bukan air jernih, tetapi banjir lumpur,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau yang menetap di kawasan itu sejak kira-kira 12 tahun lalu berkata kirakira 30 unit rumah, 115 buah kereta dan 87 buah motosikal ditenggela­mi air setinggi 1.5 meter dalam kejadian banjir awal pagi Ahad lepas.

Seorang lagi penduduk Julie Lim, 60, berkata ketika kejadian, beliau bersama suami dan cucu berusia 10 bulan terperangk­ap di dalam rumah yang terletak di aras bawah.

Katanya beliau terpaksa menjunjung cucunya itu selama kira- kira satu jam berikutan air naik dengan pantas sehingga paras dada.

“Kami tidak boleh pergi ke mana-mana kerana pintu tak boleh buka disebabkan air banjir yang terlalu deras menyekat pintu. Saya terpaksa menjunjung cucu sementara menunggu bantuan.

Saya sangat takut ketika itu dan tidak tahu hendak buat apa...saya hanya mampu berdiri dan menunggu bantuan,” katanya.

Beliau berkata semua barang kelengkapa­n di rumahnya musnah akibat banjir itu dan buat masa ini beliau menumpang di rumah adiknya yang terletak di kawasan berhampira­n kerana beliau tidak berani untuk tinggal di rumahnya itu.

Sementara itu, Teh yang turut hadir berkata penduduk turut meminta supaya kerajaan negeri memberhent­ikan pembanguna­n di lereng bukit yang didakwa punca berlakunya banjir di kawasan itu.

Beliau berkata penduduk juga antara lain meminta supaya pihak berkaitan memperbaik­i dan menaik taraf sistem perparitan di kawasan itu selain membersihk­an longkang- longkang yang tersumbat sehingga tidak dapat menampung aliran air yang begitu banyak dan mengakibat­kan berlakunya banjir di kawasan yang tidak pernah dinaiki air.

Hampir keseluruha­n kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggela­mi air antara 0.2 dan 1 meter diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangk­an puluhan pokok. Banjir terburuk di Pulau Pinang itu meragut tujuh nyawa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia