Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM sedia lebih 1,000 anggota untuk misi bantuan bencana

-

TUMPAT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyediaka­n lebih 1,000 anggota bersama pelbagai kelengkapa­n yang boleh digerakkan hanya dalam tempoh setengah jam ke mana-mana kawasan di seluruh negara bagi misi bantuan bencana.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata pasukan berkenaan boleh digerakkan sama ada melalui udara, darat atau ke mana-mana lokasi yang diperlukan.

“Pasukan berkenaan akan menjalanka­n misi bantuan dan menyelamat ke kawasan yang diminta terutamany­a kawasan banjir.

“Sebenarnya polis sudah ada di semua kawasan bagi menjalanka­n segala misi bantuan dan menyelamat tetapi sekiranya ada negeri yang memohon bantuan, kita akan menghantar pasukan ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor di sempadan Kelantan-Thailand di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad, Komander PPM Wilayah Tiga ACP Zulkafli Saariat dan Komander Polis Sempadan Diraja Thailand Kapten Abdul Hakim Che Moh.

Zulkifli berkata pasukan berkenaan sebenarnya sudah bersiap siaga dengan segala kemudahan logistik dan hanya menunggu panggilan bantuan daripada pihak yang memerlukan.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand amat penting kerana kedua-dua pihak mempunyai kepentinga­n bersama iaitu tidak mahu sebarang anasir membolosi sempadan tersebut.

Beliau berkata pertukaran maklumat amat penting dalam memastikan sebarang kegiatan penyeludup­an khu- susnya senjata api, dadah dan pelampau agama seperti militan Daesh dapat dibanteras.

“Dalam konteks pembantera­san, kita akan melihat bagaimana kita boleh menjalanka­n tugas dengan lebih baik dan mahu agar PPM dilengkapi dengan peralatan lebih canggih bagi membantu tugasan secara lebih berkesan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RONDA: Zulkifli (empat kanan) bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor melakukan rondaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dekat Tumpat, semalam.
— Gambar Bernama RONDA: Zulkifli (empat kanan) bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor melakukan rondaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dekat Tumpat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia